“Syukur Alhamdulillah, ramai yang tanya dan tak percaya harga tudung” – Fazura jual tudung dengan harga mampu milik

KUALA LUMPUR: Pelakon, Fazura yang kini aktif dengan bisnes menjual tudung jenama sendiri berharap dengan harga mampu milik serendah RM27, produk tudungnya dapat dimiliki wanita di luar sana.

Menurut pelakon filem Ayat-Ayat Cinta 2, pada awalnya ramai yang tidak percaya dia menjual tudung dengan harga serendah itu, namun dia mempunyai sebab tersendiri.

Kata Fazura, dia mahu wanita tidak terbeban dengan harga tudung yang terlampau mahal dan ingin membolehkan golongan berhijab mampu memiliki produk keluarannya itu.

“Syukur Alhamdulillah, ramai yang tanya dan tak percaya harga tudung RM27. Tapi ini memang niat pertama saya, saya nak semua orang boleh beli dan pakai.

“Sebagai usahawan sudah tentu nak untung lebih dan buat duit. Memang betul dan saya boleh lakukannya, tapi matlamat asal saya nak semua orang mampu beli,” katanya menerusi sesi siaran langsung di Instagram bersama pengacara Viviana Abdullah baru-baru ini.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Nur Fazura (@missfazura)

“Malah, saya sendiri pun bila nak beli tudung lebih RM50 akan rasa macam ‘mahalnya’. Bila rendah lagi ia menjadi mampu milik.

Fazura bagaimanapun dilihat dalam video rakaman 50 minit itu bukan sekadar menjelaskan mengenai koleksi terbaru itu kepada umum malah turut menunjukkan beberapa cara pemakaiannya yang turut menarik perhatian mereka.

Sumber : Gempak

Be the first to comment

Leave a Reply