Pes4kit diminta mengucap syahadah sebelum ‘ditidurkan’
KUALA LUMPUR: Seorang jururawat berkongsi detik seorang pes.akit C.OVID-19 beragama Islam yang ‘ditidurkan’ ketika dalam r.awatan di sebuah hospital.
Detik itu dikongsi oleh Shahrin Sahbudin dalam Facebook (FB) beliau yang disertakan dua keping gambar yang kemudiannya diulang siar dalam FB Kementerian Kesihatan (KKM).
Dalam hantaran itu, Shahrin menunjukkan gambar bagaimana seorang pes.akit C.OVID-19 ‘ditidurkan’ dalam r.awatan intubasi dengan dibantu oleh mesin pernafasan.
Beliau berkata, sebelum ‘ditidurkan’, pes.akit berkenaan diminta mengucap dua kalimah syahadah dan bercakap buat kali terakhir melalui sidang video saja.
“Mungkin itulah salam terakhir pada keluarga… dan ini adalah perjalanan terakhir seorang daripada pes.akit C.OVID-19 aku. Moga ditempatkan bersama para solihin,” katanya dalam hantaran itu.
Shahrin yang bertugas di Hospital Sungai Buloh berkata, ‘pemergian’ pes.akit ditemani petugas hospital bukan daripada ahli keluarga sendiri.
“M.ati itu pasti… daripada ‘Dia’ kita datang dan kepada ‘Dia’ juga kita kembali,” katanya.
Hantaran Shahrin yang dikongsi dalam FB KKM itu dikongsi lebih 39,000 dan menerima 150,000 tanda suka.
Sementara itu, dalam hantaran berasingan, Shahrin turut meminta maaf kerana ada pihak sensitif dengan hantarannya mengenai pes.akit ‘ditidurkan’.
Beliau menjelaskan, maksud tidurkan pes.akit adalah prosedur int.ubasi kerana p.esakit C.OVID-19 berada di peringkat akhir r.awatan yang memerlukan bantuan alat pernafasan untuk bernafas.
“Kenapa perlu mengucap dua kalimah syahadah sebab pesa.kit bagaikan bert.arung n.yawa.
“Apapun kami cuba sedaya upaya untuk setiap pes.akit sihat dan kembali bersama keluarga tersayang, cuma ada masa Allah SWT lebih sayangkan pes.akit,” katanya.
Video Berkaitan
Video mStar
Sumber : BH
Leave a Reply