“Kalau Allah beri rezeki anak perempuan tentu..” – Jamal Abdillah Bakal Timang Anak Lagi

KUALA LUMPUR: Penghibur legenda tanah air, Datuk Jamal Abdillah sedang menghitung hari untuk menimang cahaya mata kelima.

Menurut penyanyi kesayangan ramai itu, kandungan isterinya, Datin Zai Izzati kini sudah berusia 12 minggu.

Untuk kehamilan kali ini, penghibur berusia 63 tahun itu menaruh harapan besar, alangkah indahnya jika dia dikurniakan seorang lagi anak perempuan.

Menurut Jamal, kehadiran seorang lagi ahli keluarga amat-amat membahagiakannya sekalipun pada usianya sudah mencecah 62 tahun.

“Kalau Allah beri rezeki anak perempuan tentu sekali kami sangat gembira. Saya juga merancang anak kelima lahir pada 12 Disember 2021,” kata penyanyi lagu Kau Kekasih Awal dan Akhir itu kepada Astro AWANI ketika dihubungi pada Selasa.

“Saya sudah ada tiga anak lelaki, seorang saja perempuan. Jadi nak lagi cahaya mata perempuan. Apa pun alhamdulillah dengan rezeki yang Allah bagi,” katanya dalam wawancara bersama seorang YouTuber dalam saluran Wafa TV malam tadi.

Dijangkakan, pasangan berkenaan menimang cahaya mata ke lima mereka itu sekitar Februari 2022 iaitu tiga bulan sebelum Jamal menyambut ulang tahun yang ke-64.

Biarpun 37 tahun perbezaan usia, perkongsian hidup antara kedua-duanya jelas membuktikan mereka semakin menikmati kehidupan berkeluarga.

Zai Izzati yang berasal dari Kulim, Kedah turut menzahirkan kegembiraan dengan kehadiran ‘orang baharu’ sedikit masa lagi.

Menerusi pernikahan dengan Zai Izzati, pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Nur Azura Yamani, 2, dan El Issac Yamani yang berusia sembilan bulan.

Uniknya nama anak-anak Jamal, Azura diambil bersempena judul filem lakonannya yang popular sekitar 1980-an, manakala Zack pula watak yang dijayakan dalam filem sama.

Menerusi dua perkahwinan terdahulu pula, penyanyi Kekasih Awal dan Akhir itu dikurniakan

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Jamal Abdillah (@jamalabdillahofficial)

dua anak lelaki, Osama Yamani, 20, dan Ahmad Zaki Yamani, 15.

 

Sumber : Awani/gempak

Be the first to comment

Leave a Reply