“Apasal sebijik macam google” – Video Masak Ketam Nabila Huda Bikin Ramai Berdekah

Kalau korang selalu menggunakan perkhidmatan Google Translate yang tersedia secara percuma oleh Google untuk menterjemahkan perkataan bahasa Inggeris ke bahasa lain dan sebagainya, pastinya korang tahu yang ia juga dilengkapi dengan fungsi ‘listen’ yang membolehkan korang mendengar perkataan yang telah diterjemahkan tersebut.

Memang kalau diikutkan, apabila fungsi listen tersebut ditekan, akan ada sejenis suara atau lenggok yang sering kita dengarkan dan tak kiralah dimana sahaja, pastinya apabila terdengar suara tersebut, kita akan tahu ianya daripada perkhidmatan terjemahan Google.

Aktres Nabila Huda menc.uri perhatian warganet dengan celotehnya dalam sebuah video masakan.

Menerusi perkongsian di Instagram, Nabila yang mesra disapa Abil menunjukkan cara-cara memasak ketam bersama asparagus.

Namun yang menarik perhatian adalah suara pertuturannya yang menyerupai suara penterjemah internet, Google Translate.i

“Hari hujan rasa lapar, mari kita masak soft shell crab” 

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Nabila Huda (@kupu_kupu)

Video yang dikongsikan di akaun Instagram pelakon berkenaan sudah mendapat 232 ribu tontonan sejak dimuat naik malam semalam.

Meninjau ruangan komen, rata-rata pengikut Abil terhibur dan mengatakan suara yang ditiru itu menjadi.

“Adoi p.ecah!

“Hahaha sampai habis saya teliti je dengar ayat google translator tu.

“Apasal sebijik macam google translate ni,” tulis netizen.

Setakat artikel ini ditulis, video masakan tersebut telah mencecah lebih 200,000 tontonan.

Sumber : Gempak/lm

Be the first to comment

Leave a Reply