[Berita Baik] Kerajaan Lanjutkan tempoh pembaharuan lesen memandu sehingga 31 Disember 2021

Tarikh akhir bagi pembaharuan lesen memandu serta cukai jalan yang pada awalnya 30 September ini dilanjutkan sehingga 31 Disember 2021 menurut Menteri Pengangkutan Datuk Wee Ka Siong.

Dengan pelanjutan itu, orang ramai tidak perlu gusar sekiranya apa-apa tindakan akan diambil terhadap mereka yang mempunyai lesen memandu Malaysia yang sudah tamat tempoh oleh pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan polis.

Namun begitu, mereka yang berkenaan haruslah memastikan bahawa insurans kenderaan mereka diperbaharui dan sah, walaupun cukai jalan atau lesen kenderaan telah tamat tempoh.

“Mereka mesti menunjukkan nota e-cover insurans mereka untuk diperiksa oleh pihak berkuasa,” katanya pada sidang media pada Jumaat.

Pada Ogos, JPJ memaklumkan bahawa semua pengguna jalan raya mesti memperbaharui lesen mereka pada 30 September dan pemeriksaan pematuhan dan penguatkuasaan akan bermula 1 Oktober.

Lesen ini merangkumi Lesen Memandu Kompeten (CDL), Lesen Kenderaan Bermotor (LKM atau cukai jalan), Lesen Memandu Barang (GDL) dan lesen Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV).

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Ir Dr Wee Ka Siong bercakap ketika sidang media pada hari pertama beliau memulakan tugas di Kementerian Pengangkutan hari ini.

Tambah Dr Wee, mangsa banjir di Yan, Kedah yang mana dokumen JPJ milik mereka telah musnah akan diberi ganti secara percuma.

Bagaimanapun, mereka yang terlibat mesti membuat laporan polis terlebih dahulu dan membawanya bersama ke kaunter JPJ untuk pengesahan.

Bayaran gantian untuk lesen memandu adalah RM20, cukai jalan untuk kereta (RM50) dan motosikal (RM20).

Sumber : Awani dan Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply