Kekal Tampil Langsing… Tasha Shila Amalkan pantang 100hari dan Tidak Minum Ais.

Berpantang ialah sejenis penjagaan fizikal dan emosi yang rapi untuk kebaikan jangka masa panjang. Sama juga halnya bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan – biasanya kita hanya akan dapat melihat hasil yang efektif apabila telah menjaga disiplin dan pemakanan buat beberapa tempoh tertentu. Malah, menurunkan berat badan terlalu cepat adalah merbahaya dan berisiko tinggi. Jangan terburu-buru ya!

Tidak terkecuali pelakon Tasha Shila turut mengamalkan pantang 100 hari dan beliau juga menyatakan tidak mengambil sebarang minuman berais bagi memastikan beliau kekal sihat dan langsing. Bagi Tasha, dia sangat menitik beratkan soal penjagaan kesihatan dan kecantikan sebaik selepas melahirkan anak pertamanya.

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by TASHA SHILLA (@tashashilla)

“Berpantang sangat penting dari segi fizikal dan mental. Proses mengandung dan melahirkan sangat mencabar serta memberi kesan kepada badan ibu”.

“Dengan proses berpantang yang cukup, badan ibu akan pulih untuk jangka masa panjang. Mungkin kesannya tidak nampak sekarang tapi kelebihannya pada masa akan datang”.

“Akhir sekali pentingnya emosi ibu yang baru bersalin”, katanya yg turut membuat persiapan dengan menyertai kelas online sebelum bergelar ibu.

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by TASHA SHILLA (@tashashilla)

Antara tip sihat dan cantik daripada Tasha Shila

  • mendapat rehat dan tidur yang cukup, sangat penting bagi bekalan tenaga sepanjang hari
  • utk penjagaan dalaman – tak minum minuman berais, banyakkan minum air mineral dan amalkan diet seimbang
  • utk luaran – kerap menggunakan lotion moisturizer dan produk penjagaan kulit
  • dan yang PENTING – sentiasa memulakan hari dengan hati yang tenang, gembira dan bersyukur atas segala nikmat Allah.

Min berharap dengan perkongsian ini dapat membantu ibu2 di luar sana untuk kembali segar dan sihat. Beauty with brain gitu! hehehe..
Selamat mencuba.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by TASHA SHILLA (@tashashilla)

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LP

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lepat Pisang

Sumber : Ig tashashilla

 

Be the first to comment

Leave a Reply