Kek “T4rik Duit”… Pergh, seronok ler kalo baker yang sponser… Hahahaha

Sejak akhir-akhir ini, dapat dilihat sudah menjadi trend buat orang ramai dalam membuat majlis hari lahir atau kejutan kepada yang tersayang dengan menggunakan ‘kek tarik duit’.

Untuk pengetahuan, kek tarik duit merupakan sebuah kek yang direka dengan unik iaitu terdapat sebuah lubang kecil dan disertakan dengan wang pada bahagian dalam kek membolehkan pelanggan dapat menariknya satu per satu.

Terbaru, lain ceritanya pada kali ini apabila perbualan seorang penjual kek di Instagram @nelly_atan yang menawarkan penyediaan kek tarik duit ini tular di media sosial selepas menerima seorang pelanggan yang kurang faham dengan harga kek yang ditawarkan.

Kisahnya bermula apabila pelanggan tersebut menyatakan hasratnya untuk membeli kek tarik duit ini dan bertanyakan harga kek tersebut. Pelanggan itu kemudiannya menyatakan hasratnya yang mahu menyertakan wang RM1,000 ke dalam kek itu.

Situasi menjadi agak lucu apabila pelanggan berkenaan terkejut selepas dimaklumkan jumlah kek berkenaan bernilai RM1,230 selepas beliau beranggapan beliau hanya perlu membayar RM230 sahaja bagi mendapatkan kek dengan wang RM1,000 tersebut.

Perkongsian perbualan ini tersebar luas di media sosial sehingga mendapat perhatian warganet. Turut tidak terkecuali, Shopee turut memuat naik hantaran di Instagram berkenaan isu kek tarik duit ini.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by nellybakeryjb (@nelly_atan)

Berikut merupakan respon netizen terhadap perbualan antara penjual kek bersama pelanggan beliau. Antara reaksi & komen2 netizen…

pengsann mak

Boleh je nak duit free. Duit jutaria la.. RM5000 pun boleh..

Tularnya isu ini secara tidak langsung mendedahkan orang ramai terhadap konsep bayaran kek tarik duit di mana wang yang disertakan adalah berasingan dengan harga kek.

So guys, pasni ni nak tempah kek tarik, “clarify” betul2 dengan baker ye… hahahaha…

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LP

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lepat Pisang

Sumber: Lobak merah

Be the first to comment

Leave a Reply