Gara-gara anak yang order… Ibu terbang fulusnya… hahaha

Hai korang, pernah dengar food panda tak? Food panda ni ialah sebuah pasaran penghantaran makanan mudah alih. Perkhidmatan ini membenarkan pengguna untuk memesan dah menempah makanan dari restoran dan kedai makan tempatan melalui aplikasi telefon juga dari laman sesawang. Di musim PKP ni, ramai yang lebih selesa menggunakan perkhidmatan penghantaran makanan ini dan ia sudah menjadi satu aplikasi wajib yang ada di dalam telefon.

Baru-baru ini pula, gelagat seorang kanak-kanak yang secara senyap membuat pesanan di Foodpanda menarik perhatian ramai.

Ini adalah kerana si anak telah membuat pesanan sebanyak 17 cawan air Coolblog tanpa pengetahuan ibunya. Lebih melucukan, si ibu hanya sedar mengenai kejadian itu semasa pesanan itu tiba di rumahnya dan dia perlu membayar kesemua pesanan yang ditempah anaknya itu. Allahu, tak ke terkejuk maknya tu.. Yang menjadi persoalannya, pandai pulak si anak menukar proses pembayaran secara “CASH ON DELIVERY” di mana ibunya perlu membayar menggunakan wang tunai. Sebaik sahaja pesanan itu tiba di rumahnya, wanita itu mengakui terkejut dengan pesanan tersebut. Jom saksikan video ni.

@cikgulalamamat

pengajaran buat mama. anak main hp oder 17 cup air coolblog kat foodpanda. Rm150 terbang

♬ original sound – CikguLala

 

Malah dia kemudian turut menunjukkan kesemua minuman yang telah selamat tiba di rumahnya itu. Menurutnya, selepas itu berkongsikan minuman yang ada kepada jiran-jiran dan juga pekerja-pekerja yang menghantar barang ke rumahnya pada hari tersebut. Alhamdulillah, si anak nak soh ibunya buat pahala sedekah ler tu.. hehehe..

Meninjau pada ruangan komen, turut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen, antaranya :

Anak sy oder fp nasi goreng kg 6, mee goreng 8, begedil 5 set.. Pengsannn ooo..

kalau 17 Starbuck.. pengsan mama dia…

<

 

anak sis buat stock dalam peti sejuk

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LP

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lepat Pisang

Be the first to comment

Leave a Reply