Kuala Lumpur pun tersenarai dalam senarai bandar paling Str3ss Untuk Memandu Di Asia… huhuhu..

Kesesakan lalu lintas merupakan isu yang sering diperkatakan oleh masyarakat di seluruh dunia sama ada di Negara membangun mahupun di Negara maju. Persoalan ini turut wujud di Malaysia di mana sehingga kini tidak ada jalan penyelesaian terbaik bagi menangani kekangan ini. Sebagai contoh kesesakan lalu lintas di Kuala Lumpur yang telah berlaku sejak dekat 70-an lagi sehinggalah berlarutan sehingga alaf baru ini. Kebanjiran kenderaan yang memasuki ruang bandaraya dan sistem pengangkutan awam yang kurang cekap merupakan faktor dominan yang menyebabkan kesesakan lalu lintas menjadi “sejenis penyakit parah” yang sukar diubati. Keadaan ini menjadi semakin serius apabila tibanya waktu kemuncak iaitu pada waktu pagi apabila orang ramai ingin ke tempat kerja, dan pada waktu petang apabila pulang dari tempat kerja.

Baru-baru ini, Hiyacar, sebuah syarikat perkongsian kenderaan di UK telah mengadakan satu kaji selidik dan menyenaraikan 36 bandar dengan penduduk tertinggi di seluruh dunia untuk menilai bandar mana yang paling ‘friendly’ untuk pemanduan.

Dalam kaji selidik tersebut, ada beberapa faktor yang diambil kira sebelum menentukan kedudukan bandar tersebut. Antara faktor yang dinilai termasuklah

1- jumlah kenderaan di bandar tersebut

2- jumlah kenderaan per kapita,

3- tahap kesesakan,

4- kualiti jalan raya,

5- pilihan pengangkutan awam yang tersedia,

6- jumlah kemalangan jalan raya setahun

7- kepadatan bandar.

Kesemua faktor ini diberikan markah 1-10 yang kemudian akan dijumlahkan untuk menentukan tahap stress pemandu memandu di bandar tersebut.

Kuala Lumpur No.6 Di Dunia, Ke-2 Di Asia!

Menurut hasil kajian yang dilakukan terhadap 36 bandar yang tersenarai, Kuala Lumpur berada di posisi ke-6 sebagai bandar yang membuatkan pemandu tertekan, lebih mengejutkan, di rantau Asia Tenggara, kita berada di nombor 2 dibelakang Jakarta, Indonesia dan mendahului bandar sibuk seperti Bangkok dan Manila.

  1. Mumbai, India: 7.4
  2. Paris, France: 6.4
  3. Jakarta, Indonesia: 6.0
  4. Delhi, India: 5.9
  5. New York, United States: 5.6
  6. Kuala Lumpur, Malaysia: 5.3
  7. Nagoya, Japan: 5.1
  8. London, United Kingdom: 5.0
  9. Mexico City, Mexico: 4.9
  10. Osaka, Japan: 4.9

Difahamkan, menurut hasil kajian tersebut antara faktor utama yang membuatkan ramai pemandu berasa tertekan adalah kesesakan lalu lintas, yang kemudiannya akan menyebabkan mereka terlewat untuk ke destinasi.

Selain itu, antara sebab lain ialah perangai pemandu-pemandu yang ada di bandar tersebut. Ada yang pentingkan diri sendiri dan tak kurang juga mereka yang tidak menghiraukan pemandu lain. Selain itu, tahap tekanan di Kuala Lumpur juga disebabkan oleh kurangnya kesopanan umum di kalangan pemandu, dan juga kejadian semula jadi di luar kawalan orang lain. Ini termasuk orang yang memotong orang lain, tidak menggunakan indikator giliran mereka, tailgating, serta kemalangan jalan raya yang kerap dan keadaan cuaca yang tidak menentu.

Diharapkan perkara ini dipandang serius oleh keraajaan dan kerajaan dapat memajukan lagi sektor perkhidmatan awam & penambahbaikan struktur jalan raya negara. Sesungguhnya pada musim sekarang ramai dah rakyat yang tertekan dengan pandemik covid. Janganlah di tambahkan lagi dengan tekanan di jalan raya.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LP

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lepat Pisang

 

Be the first to comment

Leave a Reply