Penghijrahan Aliff Aziz… Semoga terus istiqamah!

Siapa yang tak kenal dengan Alif Aziz? 
Muhammad Aliff Aziz (lahir 16 Februari 1991) merupakan seorang penyanyi dan pelakon lelaki Singapura yang kini menetap di Malaysia. Beliau juga merupakan artis rakaman di bawah naungan Sony Music Malaysia. Pada Julai 2007, beliau telah dinobatkan selaku pemenang program realiti TV, Anugerah, di mana bakatnya terserlah ketika dalam usia 16 tahun.

Pernah mencetuskan beberapa kontr0versi sehingga mengheret kepada kerosakkan rumah tangga beliau. Aliff dan Bella bercerai pada Mei 2019 namun kembali bersatu pada April 2020. Setiap orang pasti ada peluang kedua. Aliff Aziz kini bahagia bersama bekas isterinya Bella Astillah  dan mempunyai 2 orang cahaya mata.

Penghijrahan Aliff ternyata memberikan impak yang cukup besar dalam kehidupan. Seperti yang sedia maklum, sebelum ini beliau terlibat dengan pelbagai k0ntr0v3rsi antaranya kes curang, mabuk, berkelakuan tidak sen0n0h di tempat awam serta mencuri.

Perkongsian penyanyi dan pelakon, Aliff Aziz mengenai pembabitannya dalam jemaah tabligh menerusi media sosial, baru-baru ini, mengukuhkan hakikat hidayah itu milik Allah. Sejahil mana pun seseorang dan sebanyak manapun dosa yang dilakukan, jika Allah membuka jalan, pastinya segala urusan dipermudahkan.

Berkongsi kisah di sebalik perubahan kerohaniannya, Aliff mengaku ia bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilaksanakan selain cabaran besar yang menanti setiap detik.

“Semua yang berlaku ini sudah disusun cantik Allah. Perubahan ini berlaku secara tiba-tiba selepas saya melihat hantaran yang dimuat naik Faizal Ismail (FBI) ketika dia menyertai aktiviti membabitkan jemaah tabligh dari Dakwah Tabligh Malaysia.

“Daripada situ, timbul minat untuk menyertai aktiviti tabligh. Saya terus hubungi pertubuhan itu untuk bertanyakan lebih lanjut mengenai aktiviti dianjurkan.

“Walaupun berlaku insiden yang hampir mematahkan semangat, namun, akhirnya Tuhan makbulkan impian saya itu. Ternyata bukan mudah terutama dalam hal yang membabitkan soal iman.

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by 𝐀𝐥𝐢𝐟𝐟 𝐀𝐳𝐢𝐳 ( ألف عزيز ) (@iamaliffaziz)

Justeru, kata penyanyi yang popular menerusi lagu Sayang-Sayang ini, hanya doa yang diharapkan untuk dirinya terus tabah menempuh ujian dan istiqamah.

Aliff memohon doa agar dirinya istiqamah dalam mencari kefahaman ilmu agama.

 

[VIDEO] Perkongsian Aliff mengenai penghijrahan beliau :

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LP

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lepat Pisang

Sumber : Youtube BH

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply