[VIDEO] Kesiannya, 5 Tahun berlalu begitu sahaja… Tapi yakinlah, pasti ada yang terbaik!

APA ITU JODOH?

Perkataan jodoh ni datang dari bahasa Indonesia, yang dipinjamkan kepada bahasa Malaysia. Kalau ikut kamus Indonesia, jodoh ni maksudnya “pasangan yang cocok” atau pasangan yang serasi. Jodoh ini dah ditetapkan, sama ada kita dapat di dunia, ataupun di akhirat sana. Ada orang yang sempat bertemu jodoh di dunia, tetapi jangan lupa, sangat ramai juga yang hanya dapat menjadi mayat sebelum menjadi pengantin. hohoho.

Terbaru, Dalam perkongsian @rakfathoni, dia telah memuat naik video  bagaimana usahanya untuk menghalalkan kekasihnya lebur dengan sekelip mata saja. Sedihnya.  Mungkin sudah bukan “Jodoh” mereka..

@rakafathoni

Semoga kamu bahagia 😔

♬ happier – Olivia Rodrigo

” 5 tahun LDR jumpa sebulan 2 kali”

Sejak awal lagi dalam hubungan mereka, Raka Fathoni atau Fathoni sudah melatih diri untuk bekerja keras dan menjadi suami yang baik disamping mampu membuat kerja rumah bagi meringankan beban isterinya nanti. Malangnya, kekasihnya berpaling arah dengan memilih lelaki yang lebih stabil.

Dia faham duit tidak turun dari langit, malah pemuda itu bekerja keras untuk mencari duit kahwin dan difahamkan tahun ini merupakan tahun dia target untuk menikahi gadis tersebut. Dia juga sudah menyediakan rumah bersaiz sederhana untuk mereka tinggal bersama nanti.

“Ikut aturan keluarga”

Bagaimanapun impiannya semua telah musnah dengan mesej kata putus daripada kekasihnya itu apalagi melihat foto persandingan pasangan mempelai tersebut. Katanya lagi, majlis perkahwinan berkenaan telah diatur oleh kedua ibu bapa gadis itu.

Menurut @rakfathoni, beliau kini telah ikhlas, mohon doakan yang terbaik aja untuk saya, dia dan semuanya. Terima kasih.

Melalui perkongsian tersebut, rata2 netizen turut memberi kata2 semangat buatnya. Min pun berharap rakfathoni terus tabah dan yakinlah pasti ada jodoh yang lebih daripada si dia.

Antara komen2 netizen :

semoga dimudahkan dan dilancarkan untuk mendapat yg lebih baik

Semangat bro, Allah tahu yg terbaik untuk kita

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LP

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lepat Pisang

Be the first to comment

Leave a Reply