Pakai cantik2 tapi selongkar T0ng Sampah! Nape tu dik?

Sape sini pernah pakai braces? Confirm korang tau apa tu retainer kan.. Bagi yang tak tahu,

APA ITU RETAINER?

DAN APAKAH FUNGSI SEBENAR RETAINER KEPADA PESAKIT SETELAH MENANGGALKAN BRACES?

Retainer adalah berfungsi sebagai alat untuk mengekalkan susunan gigi setelah dibaiki oleh braces. Ia mengambil masa hampir setahun bagi ligamen periodontal memejal ke posisi baru mereka setelah braces ditanggalkan. Kebanyakan pakar orthodontic menasihatkan pesakit mereka agar memakai retainer setelah tamat tempoh rawatan braces. Pesakit dinasihatkan supaya memakai retainer 24/7 untuk beberapa bulan terawal dan kemudian hanya pada waktu malam. Selepas beberapa tahun, anda boleh mengurangkan pemakaian retainer dengan beberapa malam seminggu tetapi anda tidak boleh berhenti sepenuhnya. Terbaru, telah v!ral di TikTok apabila seorang gadis ni terpaksa menyelongkar tong Sampah gara2 secara tidak sengaja telah membuang retainer yang dibukanya ketika makan. Yela, time makan terpaksa la bukak jap, pastu boleh lak terbuang… xpasal2 je… nak tak nak kena cari juga la…
Mahal tu, jenuh kalau nak buat baru.. nanti melayang lagi duit kalau buat baru.. So, terpaksa tebalkan muka ler selongkar tong sampah.

jom kita saksikan perkongsian tersebut :

@drrwhed._

terpaksa selongkar tong sampah food court aeon nilai 😭 @myseraaaaaaaaaaa ##bittertruth ##fypdongggggggg

♬ original sound – manishhhhhhh

Menerusi video tersebut, si gadis terpaksa menyelongkar beberapa buah tong sampah untuk mencarinya sambil memakai plastik di tangan dan akhirnya menjumpai retainer tersebut yang masih elok dibungkus di dalam tisu semasa dia membuangnya. Si gadis juga turut meluahkan rasa leganya apabila berjaya menjumpai retainer itu memandangkan harganya juga bukanlah murah sekiranya mahu dibuat semula.

Video ni telah mendapat tontonan lebih 900k dan menerima lebih seribu komen dari warganet. Antaranya :

Wehh, sama 1 selongkar tong sampah besar semata2 cari retainer..

omg, i faham the feeling!! retainer mahaal

 

kira lucky dpt retainer 200, sya haritu 500 buat kat sabah lepas hbis braces,
hampir hilang juga dkt kfc

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LP

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lepat Pisang

Be the first to comment

Leave a Reply