Doa agar kita tidak malas beribadah…

Untuk dapat terus memiliki semangat dalam mengisi hari dengan ibadah tidaklah mudah. Terkadang ada suasana yang mana kita terasa sangat malas untuk melaksanakan sejumlah ibadah, termasuk yang wajib sekalipun.

Adakah kita pernah rasa susah/malas untuk beribadah, berpuasa, sedekah, atau melakukan ibadah lain?

Perkara ini terjdai dan dibuat dengan pelbagai alasan. Yang jelas adalah bahawa keberatan untuk beribadah berlaku kerana keadaan dalaman yang tidak mempunyai kecenderungan untuk beribadah.

Ibadah merupakan pekerjaan seorang hamba Allah dalam melaksanakan kewajibannya dan menjauhi larangan-Nya. Sedangkan doa adalah “ibu” dari setiap ibadah.

Berikut adalah doa yang diajar Rasullah. Doa tersebut pernah disampaikan dari Mu’adz bin Jabal ra. Rasullah SAW pernah memegang tangannya dan bersabda,

“Wahai Mu’adz, demi Allah, sungguh aku sangat menyayangi mu, demu Allah, sungguh aku sangat menyayangi mu” . Kemudian baginda melanjutkan katanya ” Aku pesan kepadamu wahai Mu’adz, jangan pernah tinggalkan di belakang setiap solat untuk membaca doa ini,

Allahumma A’nni ‘Alaa Dzikrika Wa Syukrika Wa Husni Ibaadatika

Sama-sama lah kita amalkan doa ini, agar kita tidak bermalas-malasan untuk beribadah. Semoga kita semua tergolong dalam ahli syurga. Ameen.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LP

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lepat Pisang

Sumber : Jatim

Be the first to comment

Leave a Reply