Pengalaman yg tak dapat dilupakan.. Korang kena tgk sampai abis.. Hahahaha

Hai korang, pernah dengar pasal grab car?

Apa itu Grab Car?

Grabcar adalah syarikat yang menawarkan perkhidmatan pengangkutan kongsi melalui aplikasi Grabcar yang membolehkan penumpang memesan dan memilih perkhidmatan pemandu dan tambang mereka sendiri. Grabcar sudah beberapa tahun bertapak di Malaysia dengan bermula sebagai Grab kemudian MyTeksi dan yang terbaru Grabcar.

Setiap orang pasti ada pengalaman menaiki grab car kan… Terbaru, perkongsian gadis ini turut membuatkan ramai yang berdekah melihatnya apabila dia menceritakan semula pengalaman beliau dan berharap agar netizen tak menerima pengalaman yang sama sepertinya. Malah rata-rata netizen turut tidak menyangka dengan tindakan pemandu Grab itu yang pada akhirnya siap memberikan diskaun kepada gadis tersebut.

Apakah yg terjadi sebenarnya? jom saksikan vid3o TikTok ini :

@putrinatashaaaaa

pakai mask nak elak virus, benda lain yang dapat gais 🙂👍🏻 malang memang berbau 😭🤢 ##vaksincovid19 ##vaksinasi

♬ original sound – putri ❤️

Menurut perkongsian beliau, pemandu Grab yang dinaikinya ini terkentut secara tidak sengaja serta meminta maaf pada akhirnya.
Kisahnya bermula, semasa dia dalam perjalanan menuju ke pusat pemberian vaksin (PPV) itu. Dia telah menggunakan perkhidmatan Grab itu dari rumahnya ke PPV dengan kos sebanyak RM19. Namun semasa di dalam perjalanan ke sana, gadis itu terhidu bau busuk di dalam kereta tersebut. Dia kemudiannya mula memeriksa badannya serta tapak kasutnya untuk mencari sumber dari mana datangnya bau itu.

Segala persoalannya terjawab apabila akhirnya pemandu Grab itu mula meminta maaf kepadanya dan mengaku telah terkentut gara-gara makan sambal udang petai terlalu banyak. Lebih melucukan, pemandu tersebut siap memberikan diskaun sebanyak RM9 kerana rasa bersalah pada gadis itu. Hahaha… rezeki adik ni, dapat bau dan dapat diskaun.. hehehehe.

Vid3o perkongsian ini telah mendapat tontonan hampir 250k dan menjengah pada ruangan komen, pelbagai reaksi yang diberikan antaranya :

xpela at least dia ngaku…

Abang ni conident luar biasa…

Discount RM9 terus, ada cashback tak?

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LP

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lepat Pisang

Be the first to comment

Leave a Reply