Abg Zul umum sesuatu… Tapi komen Roy Azman memang Win..

Zulkifli Ariffin (lahir 25 Oktober 1986) ialah seorang pelakon dan model lelaki Malaysia. Beliau mula bergiat aktif dalam bidang lakonan pada 2008 menerusi watak pembantu dalam siri drama Awan Dania dan kemudiannya beralih ke watak utama sebagai Inspektor Ashraf dalam siri drama kepolisan paling lama bersiaran di RTM, Gerak Khas sehingga drama itu direhatkan pada 2011. Beliau membuat kemunculan filem pertamanya menerusi watak ASP Zam dalam filem Evolusi KL Drift 2 pada 2010.

Namanya mula menjadi perhatian ramai menerusi gandingannya bersama Ayda Jebat dalam Rindu Awak 200% yang disiarkan di Slot Akasia TV3. Kejayaan drama ini membawa gandingan kali kedua beliau bersama Ayda menerusi drama M.A.I.D di Astro Ria. Menerusi Festival Filem Malaysia ke-26, beliau memenangi Pelakon Harapan Lelaki menerusi persembahannya dalam filem Penanggal.

Berita Terkini!!

Zul Ariffin mengumumkan pengunduran dirinya daripada sebarang pencalonan menerusi Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-34 yang dijangka berlangsung pada 13 November depan. Pengumuman mengenai penarikan dirinya daripada anugerah tersebut dikongsi menerusi satu hantaran Instagram hari ini.

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by zul_ariffin (@zul_ariffin)

Adakah Abg Zul akan bersara daripada dunia lakonan? Kan terdahulu Abg Zul pernah mengatakan dia nak m3ninggalduni4 sebagai suami orang..
Segalanya terjawab, apabila aktor ni membuat satu insta story menjawab segala persoalan.

ZUL menjelaskan dia tidak mempunyai sebarang niat untuk bersara sebagai pelakon namun ingin fokus untuk menjadi insan lebih baik.

“Jangan risau, saya tidak bersara dari dunia lakonan, hijrah atau apa pun.

“Buat masa sekarang saya hanya ingin menjadi insan yang lebih baik daripada sebelum ini. Saya juga bersedia untuk panaskan enjin (lakonan). Banyak yang akan datang,” jelasnya.

Aktor filem Sangkar itu turut menitipkan doa buat semua selebriti tanah air yang tercalon dalam anugerah tersebut.

“Kepada semua calon, saya ucapkan selamat berjaya dan buat para peminat yang disayangi, dapat rehat yang cukup,” ujarnya.

Bagaimanapun, Abg Zuln itu tidak menyatakan secara terperincin mengenai pengundurannya daripada anugerah tersebut. 

Terdahulu aktor kegilaan ramai wanita itu mencuri perhatian apabila dilihat kerap bertemu dengan pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew.

Perubahan sikap aktor bertubuh kekar itu difahamkan ada kaitan masalah kemurungan yang dihidapi impak situasi pandemik C0v!d.19 yang mel4nda negara ketika ini.
Perkongsian berita ini juga mendapat pelbagai reaksi dan komen2 termasuk rakan artis yang lain.

Antara komen yang menarik perhatian adalah komen daripada Roy Azman dan turut mendapat balas daripada Abg Zul sendiri.

Apa2 pun kami di sini sentiasa mendoakan yang terbaik untuk Abg Zul. Semoga segalanya dipermudahkan.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LP

 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lepat Pisang

Sumber : Wikipedia & Instagram Zul Ariffin

Be the first to comment

Leave a Reply