[VIDEO] Filem Kampung Latah Kena Kuarantin… Buat anda tak kering gvsi…

Korang pernah dengar LATAH? Tau tak apa maksud sebenar latah?

Latah adalah suatu keadaan di mana wujudnya kelakuan tidak normal hasil daripada seseorang yang mengalami kejutan tiba-tiba. Apabila terkejut, orang yang terlibat biasanya terlibat dalam tingkah laku seperti menjerit, mengutuk, bergerak bentuk tarian, dan ketawa yang tidak terkawal, dan biasanya akan meniru perkataan atau tindakan orang di sekeliling mereka. Gejala-gejala fizikal termasuk peningkatan kadar jantung dan berpeluh, tetapi tiada sumber fisiologi yang jelas telah dikenalpasti.

Latah dianggap merupakan satu bentuk sindrom yang dipengaruhi oleh sesuatu budaya, seperti kejadian amok yang biasanya dikaitkan pada dahulukala dengan masyarakat Melayu Nusantara. Latah dianggap sebagai gangguan kejutan khusus budaya yang secara sejarahnya dianggap sebagai sifat peribadi dan bukannya penyakit.

Terbaru, Pelakon dan penerbit Nazia Mustafar mengatakan idea penghasilan karya tersebut tercetus kerana sindr0m latah cukup dekat dengan masyarakat tempatan.

Jika difikirkan memang tak logik Satu Kampung Melatah, namun itulah suasana yang berlaku di Kampung Latah Permai iaitu sebuah kampung unik hingga menjadi tumpuan pelancong dari dalam dan luar negara kerana ia satu-satunya lokasi di dunia didiami ramai penduduk ‘kaki latah’.

Bukan main-main, di kampung ini siap ada agensi pelancongan yang membawa pelancong tempatan dan antarabangsa untuk melihat sendiri keunikan orang yang suka melatah.

Namun ini semua hanyalah fantasi dalam sebuah filem komedi yang penuh dengan celoteh lucu iaitu Kampung Latah Kena Kuarantin.

 

Kampung-Latah-1-780x470

Nazia tidak menyangka latah boleh jadi sumber rezeki.

“Sejujurnya saya gementar tunggu filem ni keluar… tak boleh tidur, kecut pervt.

“Idea menghasilkan Kampung Latah Kena Kuarantin ini datang selepas sedari aks1 latah banyak menarik perhatian umum sehingga mewujudkan kelompok peminat tersendiri.

“Harapnya jalan cerita yang santai barisan pelakon yang sememangnya gamat dan melucukan mampu menghiburkan penonton… memang tak sangka latah ni boleh jadi sumber rezeki,” katanya kepada mStar.

Filem terbitan produksi Megapine (M) Sdn Bhd ini menghimpunkan ramai selebriti cukup terkenal dengan latah spontan.

Selain Nazia sendiri, antara pelakon utama yang terkenal dengan aksi latah ialah Ieda Moin, Azhan Rani, PS Mansur dan Din Latah.

Pelakon lain yang terlibat ialah Elisya Sandha, Joey Daud, Bell Ngasri, Ropie, Didie Alias, Azlee Senario dan Wanns Ahmad.

Menariknya lagi, filem ini diperhebatkan dengan penampilan istimewa oleh bintang-bintang popular tanah air seperti Datuk Awie sebagai Dukun Palermo, AR Badul (Tok Ketua), penceramah Syamsul Debat (Bro Aji), Riezman Khuzaimi (YB Hazil), Roy Azman (Pegawai Perubatan), Achong Sweet Child (Opera Cina) dan Mak Wan Latah (Mak Jenab).

NAZIA3

Selain Nazia antara pelakon adalah Azhan Rani, Eida Moin, Elisya Sandha, Ps Mansur, Din Latah, Joey Daud.

Bercerita lanjut tentang filem tersebut, Nazia akui berdepan cabaran untuk menghasilkan jalan cerita yang mempertaruhkan elemen latah.

“Kita ni pun melatah, orang latah tak boleh banyak kali take sebab nanti tak jadi. Buat dua kali take je paling banyak supaya tak ada cacamarba.

“Waktu penggambaran tu, ada masa yang produksi kena bagi hint kerana pelakon tak tahu mereka kena melatah sebab nak pastikan ia spontan.

“Kami gunakan tiga kamera supaya ‘tak lari konti’ dan nampak kesinambungan babak yang dilakonkan,” katanya.

Tambah Nazia sesuatu yang menyeronokkan apabila dapat menghimpunkan ramai pelakon terkenal yang cukup sinonim dengan aks1 komedi dan latah.

Katanya pengalaman pelakon-pelakon senior memudahkan proses penggambaran filem Kampung Latah Kena Kuarantin.

“Kalau semua ada kat set jadi kecoh dan huru-hara. Sebelum penggambaran pun dah penat… penat ketawa.

“Tapi syukur Alhamdulillah kita semua happy.

“Tapi jangan risau kerana jalan cerita filem ini tetap ada walaupun melatah. Tapi filem ini bukanlah kualiti tayangan di panggung wayang.

“Harapan saya semoga filem ni diterima, bukan semua orang suka tapi latah ni ada peminat yang tersendiri,” katanya.

Filem ini mula ditayangkan pada 9 September menerusi platform Astro First.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LP

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lepat Pisang

Sumber: Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply