Selepas 1 bulan 8 hari, Shuib dapat bawa balik Ayash Affan

BIARPUN tahun ini dia tidak lagi dapat meraikan sambutan ulang tahun bidadari syurganya, pelawak terkenal, Shuib menerima ‘hadiah’ paling bermakna apabila anak bongsunya, Ayash Affan dibenarkan keluar h0spital hari ini.

Dalam satu mvatnaik terbarunya di Instagram, Shuib menulis,

Syukur Ya Allah, besok birthday Ibu (15/9), Allah hadiahkan kepulangan Ayash Affan harini. Allahuakbar, jari sebijik tangan Ibu. Terima kasih semua mendoakan kesejahteraan anak soleh ini. Syukur Ya Allah di atas rahmatMu. 

Sebelum ini, pada hari lahirnya 12 September yang lalu, Shuib pertama kali dibenarkan melihat bayinya itu dan dia menganggap pertemuan itu sebagai satu nikmat yang dianggap cukup indah dan bermakna bersempena hari lahirnya.

“Subhanallah. Alhamdulillah, Allahuakbar. Nikmat yang cukup indah bila dapat luangkan masa tiga jam dengan Ayash Affan. Syukur,” ujarnya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu)

Kongsi pemilik nama lengkap Shahmira Muhamad, 37, itu lagi, anak bongsunya itu kini berada dalam keadaan sihat dengan berat badan mencecah 2.6 kilogram.

Malah bayi itu juga dikhabarkan kuat meminum susu dan dikurniakan wajah yang sangat comel.

“Alhamdulillah Ayash sihat. Berat sudah mencecah 2.6 kilogram, kuat menyusu dan sangat comel. Muka macam daddy (dirinya) la ibu (panggilan buat Siti Sarah,” katanya.

Ayash diberi susu melalui ibu susannya iaitu sepupu Shuib sendiri. 

Dalam pada itu, Shuib turut menyifatkan kehadiran Ayash sebagai hadiah paling istimewa yang ditinggalkan arwah isterinya iaitu penyanyi, Allahyrham Siti Sarah Raissuddin. 

“Memang istimewa sangat hadiah dari ibu. Allahuakhbar. Saya berharap awak ada di sini sayang. Saya sayangkan awak,” luah Shuib.

Shuib dibenarkan untuk bertemu dengan Ayash selepas sebulan bayi itu dilahirkan di H0spital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Cheras, Kuala Lumpur.

Ayash yang dila-hirkan secara pembe-dahan tiga hari sebelum ibunya iaitu Allahyarham Siti Sarah Raissuddin menghembuskan nafas terakhir pada 9 Ogos lalu ak1bat Covid-19.

Dalam pada itu, Shuib turut menyifatkan ulang tahun ke-37 tahun ini sebagai tarikh yang luar biasa biarpun sambutannya tidak seperti tahun-tahun sebelum yang diraikan berganda bersama Siti Sarah memandangkan tarikh kelahiran mereka hanya berselang tiga hari, Shuib pada 12 September manakala Sarah 15 September.

Kedua-duanya turut berkongsi tahun kelahiran yang sama iaitu tahun 1984.

Shuib dan Sarah yang mendirikan rumah tangga pada 26 Februari 2011 itu dikuniakan tiga lagi cahaya mata, Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6. 

Biarpun baru 3 jam Shuib memvatnaik hantarannya mengenai Ayash Affan, ia telah menerima lebih dari 11000 k0men dari rakan-rakan artis dan para peminat yang teruja dengan kepulangan “bayi ajaib” itu ke pangkuan keluarga nya.

Hebat betul penangan Ayash Affan! Semoga Ayash membesar dengan sihat dan menjadi anak Soleh.

Sumber:IG Shuib Sepahtu

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LP

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lepat Pisang

Sumber: Dah Tau ker

Be the first to comment

Leave a Reply