Sebaknya rasa, dapat suapan terakhir daripada emak sebelum bergelar Isteri orang… huhuhu..

Persiapan sebelum kahwin yang sebenar adalah persediaan diri, persiapan emosi, peningkatan kematangan, pemantapan ibadah dan usaha untuk mempersiapkan diri dalam hal kewangan.

Persiapan emosi, terutama bakal seorang isteri perlu bersedia dalam pelbagai aspek terutamanya menyediakan segala keperluan suami. Kalau dulu time bujang xperlu memikirkan orang lain, tapi kali ini suami menjadi keutamaan.

Terbaru, melalui perkongsian video menyaksikan bakal pengantin perempuan tidak dapat menahan sebak apabila ibunya sanggup menyuapkan makanan ketika dia sedang memakai inai menjelang hari pernikahannya.

“BARU suap nasi dah menangis,” itulah kata-kata seorang ibu apabila melihat anak perempuannya menangis apabila disuap dengan makanan.

 

@azienoniey91

Kasih sayang seorang ibu…takut anak lapar lpas berinai kan… sanggup suap mkn…tersentuh sampai teriok aku..terima kasih ma….##kaksayangma🥰🥰

♬ original sound – Aziliwani Noniey

Perkongsian tersebut setakat ini meraih lebih 42k tontonan di aplikasi TikTok.

Bercerita lebih lanjut  Aziliwani binti Abd Rahman, 30, berkata, dia sememangnya tidak dapat menahan air mata apabila ibunya menyuapkan nasi ke mulutnya sehari sebelum majlis perkahwinannya yang diadakan di kampungnya di Kelantan.

Ibunya, Zakira Aliya, 48, menawarkan diri untuk menyuap nasi kepada anak sulungnya itu sebelum dia bergelar sebagai seorang isteri pada 10 September lalu.

“Waktu tu semua tengah makan malam tapi saya je belum sebab pakai inai. Memang tak sempat nak makan dari petang, jadi mak tawarkan diri nak suapkan nasi sebab kesian tengok saya berlapar.

“Lepas tu saya pun suruhlah adik perempuan rakam untuk disimpan sebagai kenangan. Lagipun masa tu saya dah lama tak balik kampung dekat setahun lebih, bila ibu suap tu rasa sedih sangat… saya fikir lepas jadi isteri dah tak dapat rasa kasih sayang macam ni lagi.

 

 

@azienoniey91

Reply to @nieya_rahman bukan setakat aku teriok…ma pn teriok jgk…semua ada situ pn teriok…##kaksayangma😘##kasihnyaibubawakesyurga🥰🥰

♬ Kasihnya Ibu – Wann

@azienoniey91

Nak try jugak…jadi xjadi tolak tepi yaa… ##1video10photochallenge##fypシ

♬ เสียงต้นฉบับ – ออกัส🥦 – 진 (Bts)🌚

Azie selamat mendirikan rumah tangga bersama pasangannya pada 10 September yang lalu.

Izzah (duduk, kanan) merupakan anak sulung daripada lapan beradik.

 

“Saya memang manja dan rapat dengan ibu dari dulu lagi, sebab saya anak sulung. Suami gelak je bila tengok video tu dan berjanji dia akan jaga saya elok-elok macam mana ibu jaga saya,” katanya yang bekerja sebagai seorang jurujual pasaraya di Wangsa Maju, Kuala Lumpur.

Menurut anak jati Kelantan ini, ibunya merupakan seorang yang garang tetapi sukar untuk menunjukkan kemarahannya pada orang lain.

Namun Azie terhibur melihat gelagat ibunya apabila diusik oleh mereka lapan beradik.

“Ibu ni pula seorang yang garang tapi dalam masa sama sporting dan penyayang. Dia tak pernah bandingkan anak-anaknya, tegas pun bertempat tapi susah nak tengok dia marah.

“Dia sentiasa tenang je layan kerenah anak, saya selalu suka menyakat ibu sehingga marah. Kami adik beradik terhibur melihat reaksi ibu apabila diusik, sebab kalau tengah marah pun nampak macam tengah ketawa.

Saya selalu pesan dekat ibu yang selagi saya dan adik beradik masih ada, selagi itulah kami akan selalu bahagiakan dia.

AZILIWANI ABD RAHMAN

“Perkara yang paling akan dirindui ialah masakan, bebelan dan telatah ibu. Pengorbanan ibu melahirkan dan membesarkan kami memang tidak dapat saya lupakan.

“Saya dah berjanji dengan ibu untuk selalu beri yang terbaik untuk dia,” ujarnya.

Azie turut berharap agar mereka yang masih mempunyai ibu bapa untuk menghargai mereka.

Dia juga berpesan untuk merakam segala detik indah bersama ibu bapa supaya ia dapat dijadikan sebagai kenangan apabila mereka sudah tiada.

“Saya harap yang mana masih ada ibu dan ayah hargailah masa bersama mereka kerana kasih sayang mereka tiada nilai tandingnya.

Izzah berjanji untuk membahagiakan ibunya selagi dia masih bernyawa.

“Saya selalu pesan dekat ibu yang selagi saya dan adik beradik masih ada, selagi itulah kami akan selalu bahagiakan dia.

“Kalau boleh rakamlah momen penting bersama mereka sebab itulah kenangan terindah dalam hidup dan layanlah ibu bapa kita sebaik mungkin,” katanya.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LP

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lepat Pisang

Sumber: mstar , Media Malaysia, TitTok azienoniey91

Be the first to comment

Leave a Reply