Demi Ayash Affan, Shuib umum pengunduran seketika…

Umum mengetahui, anak bongsu Shuib, Ayash Affan telah pulang ke rumah baru- baru ni.

Sehubungan itu, Shuib telah membuat satu pengumuman mengenai pengunduran dirinya sementara waktu bagi memberi sepenuh perhatian kepada anak bongsunya yang masih memerlukan perhatian rapi. Shuib berkata, sejak Ayash pulang ke rumah selepas 38 hari dirawat di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), di sini, rutin hariannya berubah.

VIDEO, kepulangan Ayash :

“Sampai bila saya berehat, perkara itu belum pasti lagi. Buat masa ini, saya enggan terbabit dengan komitmen seni kerana tidak mahu menyusahkan syarikat produksi andai terpaksa tarik diri pada saat-saat akhir.

“Selain itu, saya perlu masa untuk menyesuaikan diri dengan tanggungjawab sebagai bapa tunggal. Ayash pula berkehendakkan penjagaan rapi.

Alhamdulillah, Ayash sihat dan tidak banyak ragam. Tetapi sebagai bayi pramatang, saya sangat berhati-hati kerana paru-parunya belum kuat.

“Ayash sensitif kepada asap dan habuk. Apatah lagi dengan keadaan pandemik membuatkan saya trauma untuk keluar rumah kerana bimbangkan keselamatannya,” katanya selepas majlis bacaan Yasin secara maya sempena 40 hari pemergian isteri, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin akibat COVID-19 pada 9 Ogos lalu, malam tadi.

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu)

Shuib bersyukur mendapat bantuan ibu bapa mentua serta ipar duai yang banyak meringankan kerjanya.

Ditanya mengenai tindakannya yang belum menunjukkan wajah Ayash melalui foto dimuat naik di media sosial, Shuib berkata, setakat ini dia masih belum bersedia mendedahkan wajah bayinya atas nasihat ustaz.

Apa2pun kami di sini mendoakan segala urusan Shuib dipermudahkan dan Ayash serta anak2 yang lain membesar dengan sihat dan walafiat.

Dan beberapa komen & doa dari netizen :

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LP

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lepat Pisang

 

Sumber : Shuib Channel & Ig ShuibSepahtu

Be the first to comment

Leave a Reply