Sama2 meringankan beban…. Semoga dimurahkan rezeki abang2 rider ni…

Demi menampung perbelanjaan bulanan, ramai yang sanggup bekerja lebih dari satu pekerjaan pada satu-satu masa. Pekerjaan yang sering menjadi pilihan termasuklah sebagai penghantar makanan atau rider food delivery. Di bandar-bandar besar, terdapat pelbagai jenis khidmat penghantaran makanan yang tersedia. Kebanyakannya dilakukan oleh golongan anak muda atau penuntut universiti tanpa penat lelah bagi mencari sumber rezeki yang halal. Food Panda rider adalah salah satu food delivery yg terkenal di Malaysia.

Terbaru, melalui perkongsian di Tiktok hunterss02, sedang mereka sibuk mencari order. terpandang sebuah rumah menggantung bendera putih.
untuk makluman, Kempen menaikkan bendera putih itu bagi memberi syarat kepada orang lain untuk menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan bantuan segera. Melalui perkongsian video itu, kisahnya bermula apabila :

Salah seorang rakannya menyedari adanya bendera putih di sebuah rumah ketika sedang menunggu pesanan masuk.

Sebenarnya, Ins1den ini berlaku pada hujung Julai lalu namun saya baru muat naik dekat TikTok sekadar nak mengimbas semula. Tak sangka pula viral sekali lagi selepas pernah viral di Twitter.

Ketika tu kami sedang menunggu pesanan masuk dekat salah sebuah vendor… tiba-tiba kawan kami ni beritahu dia nampak sebuah rumah kibar bendera putih masa dia sedang pusing-pusing tunggu order masuk.

 

@hunterss02

Semoga dipermudahkan segala urusan uncle dan keluarga tu ##fyp ##foodpanda ##rider ##fypシ ##fypage ##benderaputih🏳️ ##staysafe

♬ original sound – andi – ann

“Masa tu memang hangat pasal kempen bendera putih ni. Jadi kami pakat-pakat pergi ke rumah yang dimaksudkan untuk sahkan situasi mereka.

“Memang betul, dalam rumah tu ada seorang uncle tua yang tinggal dengan anak dan cucu-cucunya. Saya tak pasti berapa orang isi rumahnya, cuma nampak dua cucu yang masih kecil. Uncle ni beritahu mereka kesempitan wang dan tak mampu nak beli susu bayi,” cerita pemuda berusia 22 tahun ini sambil menambah, rumah warga emas itu terletak di Dengkil, Selangor.

Sempat bertanya serba sedikit perihal keluarganya, menurut Azmil, warga emas berusia 61 tahun itu memberitahu dia diberhentikan kerja sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

VIDEO ASAL :

@hunterss02

Balas kepada @sitifatimah_7015 ini video ori ##fyp ##fypシ ##foodpanda ##fypage ##benderaputih🏳️ ##rider

♬ bunyi asal – Azmil Firdaus

Menurut Azmil, mereka berlima kemudian berpakat mengumpul sedikit wang bagi membeli barangan keperluan untuk disumbangkan bagi meringankan beban keluarga warga emas berkenaan.

“Kami berlima dapat kumpul hampir RM250. Wang tersebut kami guna beli barangan makanan asas dan juga susu bayi.

“Bila kami sampai di rumahnya dengan barang-barang, jelas sekali wajahnya sedih bercampur gembira. Berkali-kali dia ucapkan terima kasih kepada kami,” ujarnya.

Tidak mempunyai niat lain selain mahu menyebarkan mesej positif kepada orang ramai, Azmil berkata apa yang mereka lakukan hanyalah bantuan kecil kepada golongan yang sangat memerlukan.

Di musim PKP, tak salah kalau nak bantu hulur setakat yang mampu. Apa kebaikan yang kita lakukan pasti akan dibalas oleh Allah,” ujarnya lagi.

Betul tu, min setuju dengan pendapat Azmil. Saling membantu antara satu sama lain. Insya allah semoga segala kebaikan kita pasti di balas suatu hari nanti. Yang penting niat Ikhlas untuk membantu. Semoga segala urusan kita dipermudahkan kelak.

Perkongsian video ini telah mendapat hampir 44k tontonan dan beribu komen.

Antaranya :

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LP

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lepat Pisang

Sumber : Tiktok @hunterss02

Be the first to comment

Leave a Reply