
Nampaknya si cilik popular, Jebat Jayden iaitu anak kepada Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila semakin membesar dengan sangat bijak dan sejak kebelakangan ini hang4t menjadi bualan peminatnya.
Ini kerana, Sharnaaz Ahmad juga ada berkongsikan telatah Jebat Jayden yang ada-ada sahaja yang mencuit hati ramai.
Sebelum ni kita dapat saksikan Jebat bergabung dengan baba menari tarian singa.. Kali ni Jebat bergabung dengan mummy sebagai special guest yang akan teman mummy masak!!! Mempersembahkannnnn @jebatjayden yang akan masak Kengsom(Asam pedas Thai) menggunakan Ajinomoto
Menerusi perkongsian Noor Nabila di Instagram seperti biasa dengan rancangan memasak dan nampaknya kehadiran Jebat Jayden memeriahkan lagi rakaman itu sehingga posting yang bersertakan rakaman video tersebut ditonton ribuan kali.
Apa tidaknya, lucu sungguh Jebat Jayden dalam video masak ini kerana turut disertakan di sebalik tabir sebelum mendapat rakaman yang terbaik.
Jebat Jayden dalam video masak itu yang begitu ingin tahu mencuit hati peminat dengan telatah comelnya apabila kelakuannya itu menganggu Noor Nabila untuk bercakap sehingga dia juga tidak dapat menahan ketawanya.
View this post on Instagram
Ruangan komen di hantaran video itu nampaknya dengan pantas dibanjiri dengan pelbagai komen daripada peminat selepas dikongsikan di Instagram Noor Nabila.
“Jebat ni kalau ada Youtube channel sendiri mesti ramai yang follow. Termasuk saya”
Eee comel jebat!!!!!!!!!
“Asyik suruh diam je, last last Jebat tutup telinga…”
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LP
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lepat Pisang
Sumber: Diari Maklumat
Leave a Reply