“Doa Papa Mama Takkan Terhenti Selagi Bernyawa” – Anak Sulung Johan & Ozlynn Sambung Belajar Di Ireland, Bakal Doktor

Umum mengetahui bahawa Anak sulung kepada pasangan selebriti Johan dan Ozlynn Wati, Ariq, telah berangkat ke luar negara pada Ahad bagi melanjutkan pengajiannya. Difahamkan Ariq menyambung pengajiannya ke Dublin, Ireland dalam bidang perubatan.

Menerusi laman sosial Instagram, Ozlynn berkongsi momen-momen Ariq bersama keluarga di rumah beserta titipan doa buat anaknya itu.

“Ya Allah peliharalah anak kami Ariq, permudahkanlah segala urusannya terangkanlah hatinya dalam menimba ilmu, kuatkan imannya dalam beribadah, cekalkan hatinya dalam menempuh ujianmu, dan berkatilah setiap ilmu dan rezeki yang kau berikan amin YRA.

“Abang Ariq, papa dan mama sayang kamu. Jadilah anak yang sentiasa mengutamakan akh1rat. Doa papa dan mama tak kan pernah henti selagi bernyawa. We love you Ariq Hanania,” tulis Ozlynn di ruangan kapsyen foto.

Menerusi perkongsian tersebut, Ariq dilihat sangat manja dengan Johan sehingga masih mahu didukung.

Tidak hanya itu, Ozlynn turut berkongsi sesi mengaji bersama Ariq, Johan dan anak-anaknya yang lain.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Johan & Ozlynn (@jozlynnhanania)

Perkongsian tersebut telah menerima lebih 136K tanda suka daripada pengikutnya.

Antara komen2 dari rakan artis dan peminatnya :

 

Sekadar info, Johan dan Ozlynn mendirikan rumah tangga pada 25 Julai 2009 dalam sebuah majlis tertutup di Masjid Lembah Jaya, Ampang.

Perkahwinan pasangan itu dikurniakan enam orang cahaya mata iaitu Ariq, Sodiq, Haziq, Chantiq, Moleiq dan seorang bayi yang baru sahaja dilahirkan.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LP

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lepat Pisang

Sumber : Instagram ozlynnhanania

Be the first to comment

Leave a Reply