Coklat Latte versi bungkus… Hahahaha… Selamba je dia buat

Apa itu Barista?

Barista adalah orang yang menyediakan dan (juga, umumnya) menghidangkan minuman kopi berasaskan espresso . Di Amerika Syarikat, istilah barista juga sering digunakan untuk pekerja kedai kopi yang menyediakan kedua-dua espresso dan minuman kopi biasa. Walaupun istilah barista secara teknikalnya terpakai kepada seseorang yang telah dilatih secara profesional dalam menyediakan espresso, ia juga boleh digunakan untuk menggambarkan sesiapa yang mempunyai kemahiran yang tinggi dalam membuat tangkapan espresso dan minuman espresso (seperti latte dan cappuccino ).

Barista memperoleh kemahiran kerja mereka dengan mengikuti kursus latihan barista, mereka biasanya belajar tentang pekerjaan dari pekerja lama. Ramai baristas bangga dengan kemahiran mereka dan menghabiskan beberapa tahun mengasah teknik khusus untuk membuat minuman yang sempurna. Kecenderungan obsesif untuk meningkatkan kraf seseorang membawa kepada pertandingan barista tempatan dan antarabangsa.

Setiap kali kita minum kopi daripada hasil tangan Barista, kita pasti teruja dengan seni “art” yg dihasilkan Barista ke atas kopi yg disediakan. Ada yang berbentuk bunga tulip, hati, bear dan pelbagai lagi mengikut kemahiran masing2. Namun lain yang terjadi pagi pelanggan ni. 

Melalui perkongsian di Tiktok, tindakan pelanggan ni telah membuat Barista tersebut pun tercengang. sungguh takku sangka

Jom kita saksikan :

@buayaristaaa

Coklat latte “bungkus”

♬ dont cry – Al :3

 

Di dalam video yang dikongsikan ini, barista itu dilihat baru sahaja selesai menyediakan air yang dipesan oleh lelaki itu. Dia kemudiannya meletakkan cawan itu dengan penuh berhati-hati di hadapan pelanggan itu sebelum kembali melakukan kerjanya.

Namun tidak semena-mena, lelaki itu kemudian mengeluarkan plastik yang dibawa sebelum menuangkan air itu ke dalamnya. Melihatkan gelagat selamba pelanggannya itu, barista tersebut turut kelihatan terkedu apabila air yang dibuatnya itu dituang begitu sahaja.

Perkongsian video ni telah mendapat lebih 31.8M tontonan dan 4.4M likes.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut sama berdekah melihat gelagat selamba pelanggan itu. Malah ada juga yang terhibur melihat reaksi terkedu dari barista itu yang kelihatan kecewa dengan apa yang disaksikannya itu.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LP

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lepat Pisang

Sumber:  Tiktok buayaristaaa

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply