Alhamdulillah… Cara Paknil Tersendiri Bantu Mereka – Aznil Hj Nawawi

Datuk Haji Aznil bin Haji Nawawi (lahir 6 November 1962), lebih mesra dengan panggilan Pak Nil, merupakan seorang pengacara, pelakon, penyanyi, pengarah dan bekas penyampai radio di Malaysia. Aznil berkecimpung di dalam bidang pengacaraan lebih dari 26 tahun. Beliau merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dari Universiti Malaya.

Aznil memulakan kerjaya penyiarannya pada 1990 sebagai penyampai berita dan wartawan di rangkaian televisyen swasta Malaysia, TV3. Sepanjang bersama TV3, antara rancangan dikendaikan oleh beliau ialah Buletin Utama (sebagai penyampai berita), Melodi dan Pop Kuiz (kedua-duanya menampilkan beliau sebagai pengacara). Pada tahun 1996, beliau melancarkan album pertama Macam-Macam di bawah syarikat rakaman Pony Canyon. Bagi kerjayanya sebagai pelakon, Aznil telah membintangi beberapa kredit filem seperti Sama Tak Serupa (1995), Aku No. 1 (2004), Cicak-Man (2006), Duyung (2008) dan Magika (2010). Beliau melancarkan kerjaya muziknya pada 1996 dengan pelancaran album pertama, Macam-Macam terbitan Pony Canyon dengan single hits “Jumpa Di Sana” dan diikuti oleh album kedua, Aznil terbitan KRU Records pada 2008.

Beliau dianugerahkan gelaran kehormat Datuk oleh Yang Di-Pertuan Agong sempena Hari Wilayah Persekutuan pada 1 Februari 2013.  Selain daripada lakonan dan pengacaraan Paknil juga  terlibat dalam pelbagai acara amal, kempen dan aktiviti kebajikan termasuk Kempen Jom Ganyang Aedes anjuran Kementerian Kesihatan Malaysia.  Bagi peranannya sebagai duta, Aznil dilantik sebagai Duta Perpaduan bersama Datuk Siti Nurhaliza oleh Yayasan Budi Penyayang Malaysia, Duta Sihat 1Malaysia, dan Ikon Cinta Malaysia oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri.

Terbaru, di laman instagramnya Paknil berkongsi cerita bagaimana beliau membantu para peniaga online di musim2 pandemik ini.

Jom kita saksikan :

[VIDEO]

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Datuk Aznil Hj Nawawi (@aznilnawawihm)

Suka tak terkata para peniaga tersebut apabila Paknil sama2 join live mereka. Secara tak langsung menarik follower Paknil untuk menonton sekali sesi jualan yang di buat. Semoga dimurahkan rezeki buat peniaga dan juga Paknil atas usaha yang dilakukan.

Perkongsian video ini telah mendapat lebih 396k tontonan dan ribuan komen yang positif.  Sesungguhnya cara Paknil dapat membantu para peniaga diluar sama menjana lebih pendapatan dan secara langsung memberi inspirasi kepada yang lain untuk turut membantu.

Harap ramai yg macam Paknil ni… Inspiring me to do d same

Menitik air mataku mlm2 ni… tq datuk

Terbaik Paknil

 

Kami di LP mendoakan semua kita semua dimurahkan rezeki. Bila kita permudahkan urusan orang lain, inshaAllah akan di permudahkan urusan kita. Jika bukan dia tolong kita tetapi orang lain pula tolong kita. Sedangkan laut begitu luas itu tetap ada rezekinya walaupun berhari-hari orang menjala. Apatah lagi kita di bumi Allah ini. Lapangkan dada, bersangka baik degan Allah. Semoga dipermudahkan semuanya.. Ameen.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LP

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lepat Pisang

Sumber : Wikipedia dan Instagram aznilnawawihm

Be the first to comment

Leave a Reply