Sedap dengar nama anak Johan & Ozlynn ni.. Ozlynn kongsi juga tips berpantang!

Alhamdulillah genap 21 hari, lahirnya Nur Latifah Cherdiq Hanania.. di hari Jumaat yg indah pd 3 sept.. nama yg telah di di simpan 7 tahun dahulu.. akhirnya dpt jugak kepada pemilik sebenar.. syukur kepada Allah kami diberikan peluang marasa nikmat sekali lg, bermata panda di mlm hari🤣.. berebut sape nk bergendong baby.. 3 putera dan 3 puteri.. akhirnya suami kata ok cukup takat ini🤣😇.. kepada kesygan kami yg masih belum punya rezeki.. jgn putus asa.. sentiasa bersangkabaik pd Allah.. kdg tanpa kita sedar ada nikmat lain yg Allah bg.. tapi ttp kami mendoakan utk kalian supaya Allah memberi peluang utk kalian merasa nikmat hamil, melahirkan dan membesarkan anak sendiri.. semoga ada rezeki kalian.. ketahuilah tiada apa yg senang dlm dunia ini.. membesarkan setiap ank jugak ada ujiannya.. semoga kita semua sentiasa bersyukur atas nikmat dan ujian Allah.. ujian kami.. kehilangan bonda tercinta.. 😢 

Caption perkongsian Ozlynn di laman instagram beliau :

-mengumumkan nama anak ke-6 : Nur Latifah Cherdiq Hanania (nama yang dipilih 7 tahun lepas)

-tarikh lahir anak : 03 September 2021

-kini memperoleh 3 putera dan 3 puteri

-mendoakan kepada semua kesayangan yg masih belum punya rezeki anak untuk teruskan usaha.

-Al-fatihah kehilangan bonda tercinta

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Shared post on

Ozlynn turut menyatakan bahawa, buat pertama kalinya beliau kena kencing manis semasa mengandung. Sebelum ini tidak pernah, namun bacaan gula tidaklah terlalu tinggi, cuma perlu dipantau. Kata Ozlynn lagi, memang menjadi kebiasaan kalau mengandung anak perempuan, beliau sukakan benda yang manis2. Mungkin itu salah satu puncanya dan juga faktor sejarah kesihatan keluarga.

Kini waktu berpantang, Ozlynn masih kekalkan cara berpantang cara dulu-dulu. Jaga makan dan “exercise” sama penting. Tapi untuk bagi badan fit dan firm, kena juga bersenam.

Antara tips dan amalan berpantang Ozlynn :

1- Fahami kondisi badan sendiri. Lain orang lain badan dan kemampuan untuk turun dan sebagainya. Contohnya cara makan, ada orang tak boleh makan sesuatu benda tu sebab angin, ada orang ok setakat rasa2. Jadi, kita sendiri kena tahu badan kita macam mana dulu?

2- waktu berpantang, adalah waktu yang terbaik nak “repair” badan. Kalau tak dijga mengembanglah jawabnya. Adakala, luaran nampak ok tp dalaman kita tak tahu. Kalau dalaman sihat, Insya Allah luaran pasti sihat.

3- Mengamalkan pemakaian bengkung lama yang panjangnya 20meter tu. Sbbnya bengkung tersebut membalut badan kita dengan kemas dan diikat sekuat tenaga kita melilitnya. Ia akan bagi “shape” yang cantik dari atas lutut hingga ke paras bawah dada.

4- Mengamalkan kaedah bertungku. Ia membantu melancarkan aliran darah nifas.

5- Berurut, bersauna dan bertangas. Memang akan buat semua amalan tradisional sepanjang berpantang.

6- 6 bulan pertama melahirkan adalah proses water retention. Ini adalah masa yang terbaik untuk turunkan berat badan secara pantas.

7- Tips penting untuk ibu bersalin, pastikan bagi susu badan dengan kerap sekitar 10 malam ke lima pagi. Mengantuk macam mana pun, usahakan untuk susukan bayi selang sejam atau pam susu itu. Waktu inilah bayi menyedut lemak ibunya menerusi susu.

8- Memang waktu berpantang ini kita akan kurang tidur, namun tetap usahakan utk mendapat tidur yang cukup. Ibu2 kena pandai2 curi masa ketika bayi sedang tidur nyenyak.

9- Tidak amik minuman berais dalam 1 ke 2 tahun ini. minum air biasa sahaja

10- Jaga makan. Memang potong gula. Kalau minum Milo tanpa gula. Garam dalam masakan pun dikurangkan. Masak menggunakan Liqiud aminos sebagai pengganti garam dan Organic Aloevera pengganti serbuk perasa. Mula2 akan rasa pelik tapi lama2 lidah jadi biasa.

11- Banyakkan makan sayur. Tapi jangan pula salah anggap yang nasi atau roti tu tak boleh ambil. Sebenarnya makan nasi lebih elok sebab mengenyangkan cuma perlu jaga portion. Ibu berpantang perlu makan untuk bagi khasiat kepada bayi.

12- Ozlynn juga mengatakan beliau pernah melalui proses beranak secara czer dan normal. Ikutkan pengalaman, beranak normal lebih mudah nak jaga badan. Kalau czer nanti, perut agak susah nak dikempiskan, ambil masa. Apa2 pun, kena work out kalau nk kempiskan perut. Jaga makan sahaja tak cukup.

Akhir sekali, Ozlynn turut meninggalkan pesan, jangan stress apabila tengok badan orang lain. Tak perlu untuk membandingkan diri kita dengan orang lain. Kita boleh ikut apa saja tips yang dikongsikan tapi xperlu sampai stress ok? chill!

Kami di LP mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ozlynn di atas perkongsian ini. Semoga bermanfaat utk semua ibu2 yang bakal berpantang di luar sana. dan ucapan Tahniah di atas kehadiran cahaya mata baru mereka. Semoga menambahkan lagi seri dalam keluarga.

Sumber : In Trend, instagram jozlynnhanania

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LP

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lepat Pisang

Be the first to comment

Leave a Reply