Tahniah Zulin.. Akhirnya, selepas menempuh pelbagai dugaan & cabaran…

Pernah melalui fasa memeritkan ketika mencari cinta sejati dalam hidupnya. Akhirnya Zulin Aziz kini selamat bergelar seorang isteri kepada Farhan Norzaini pada pagi semalam.

Sesungguhnya, kehadiran Farhan dua tahun lalu memberi keyakinan padanya bahawa perancangan Allah adalah sebaik-baiknya buat umatNya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Zulin Aziz (@zulinaziz)

Majlis akad nikah pasangan itu berlangsung mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Jabatan Agama Islam Kuala Lumpur (JAWI).

Pasangan mempelai diijabkabulkan berwalikan abang pengantin perempuan, Shah Rezza Abdul Aziz. Mereka dinikahkan Imam Besar Masjid Negara, Ustaz Ehsan Mohd. Hosni.

Pada majlis itu, Zulin atau nama sebenarnya, Farah Azleenda Abdul Aziz menerima wang hantaran berjumlah RM30,000. Pengantin lelaki turut menyerahkan mas kahwin RM80 dan lima dulang hantaran berbalas tujuh daripada pihak pengantin perempuan.

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Zulin Aziz (@zulinaziz)

Kami di Lepat Pisang mendoakan semoga perkahwinan ini berkekalan hingga ke akhir hayat.

Sumber: Zulin Aziz Instagram

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LP

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lepat Pisang

Be the first to comment

Leave a Reply