30 fakta menarik mengenai Allahyarham Dato’ Sudirman Haji Arshad

Tanggal 22 Februari 1992, iaitu 30 tahun yang lalu, negara kehilangan seorang  penghibur legenda, Datuk Sudirman Haji Arshad yang men!nggal dunia kerana pneum0nia.

Beliau merupakan anak kepada Hajah Romlah binti Dahalan (26 Jun 1926–28 Mei 1959) dan Haji Arshad bin Haji Hassan (1 November 1915–18 November 1977). Bapanya mendapat ilham untuk menamakan beliau sebagai “Sudirman” dengan mengikut sempena nama seorang pahlawan dari Indonesia, Soedirman kerana mahukan anaknya menjadi seorang pahlawan yang hebat. Beliau juga mesra disapa sebagai “Diman” oleh ahli keluarganya. Ibu bapanya pernah menjual kain ela dan pakaian. Ibunya juga mengambil upah untuk membuat sulaman dan membuka kelas jahitan. Banyak peniaga di sekitar kawasan pekan sering mengambil upah dari ibunya.

Walaupun sempat mewarnai dunia seni cuma selama 16 tahun, penyanyi ini masih lagi diingati oleh segenap lapisan masyarakat sehingga kini.

Sempena 30 tahun pemergian Allahyarham, mari kita sorot 30 fakta menarik mengenai “The Singing Lawyer” ini. 

1.Lahir pada 25 Mei 1954 di Temerloh, Pahang, Sudirman merupakan anak bongsu daripada tujuh beradik.

2.Namanya diberikan oleh bapanya sempena tokoh pejuang kemerdekaan Indonesia, Jeneral Soedirman.

3.Karier seninya bermula apabila menjuarai Bintang RTM 1976 ketika beliau masih menjadi penuntut di Universiti Malaya.

4.Album pertamanya, “Aku Penghiburmu” terbit pada 1978 & beliau tamat pengajian 2 tahun kemudian.

5.Sudirman menjadi peguam untuk beberapa tahun, namun meninggalkan profesion itu demi cintanya kepada kerja seninya.

6.Nama beliau meledak sebagai bintang utama era 80-an dengan deretan lagu hits bersama gaya persembahannya yang kreatif.

7. Mendirikan rumahtangga dengan Kamariah Jamaluddin ataupun Kay yang merupakan cinta pertamanya pada 14 Februari 1981.

8. Sudirman pernah memberitahu rakan karibnya, pelakon dan penyanyi Noor Kumalasari, bahawa Kay adalah cinta pertama dan terakhirnya.

9.Oleh kerana itu, apabila mereka berpis4h 3 tahun selepas mendirikan rumahtangga atas alasan tiada persef4haman, menurut Noor Kumalasari ia memberi imp4k hebat kepada sahabat baiknya itu .

10. Cerita  Noor Kumalasari lagi,  hanya selepas 2-3 tahun selepas percera-ian, barulah Sudirman menaggalkan cincin perkahwinannya. 

11.Selain itu, Sudirman turut melu-ahkan kesed1han hatinya melalui lagu-lagu seperti Setiamu Tiada lagi, Terasing dan Merisik Khabar.

12. Sudirman melakar sejarah tersendiri apaba pada malam 15 April 1986, ketika dia mengadakan konsert terbuka dan percuma di Jalan Chow Kit yang dis4ksikan lebih 100,000 penonton dari segenap lapisan masyarakat Malaysia khususnya di sekitar Kuala Lumpur.

Bayangkan, konsert di mana semua bangsa,iaitu Melayu ,Cina dan India ada. Hebat betul pen4ngan Sudirman! 

13.Beliau dinobatkan sebagai ‘Penghibur Nombor 1 Asia’ pada Salem Asian Music Awards di Royal Albert Hall, London pada 19 Mac 1989, meng4tasi peserta lain antaranya legenda pop Hong Kong, Leslie Cheung & Anita Sarawak dari Singapura.

14.Di samping menyanyi, Sudirman juga seniman serba boleh apabila membintangi filem ‘Kami’ (1982) sebagai teraju utama. 

15.Lagu ‘One Thousand Million Smile’ nyanyian beliau  dirakamkan dalam bentuk ‘single’ dan telah  dipasarkan serta dijual di Eropah.

16.Pr0ses lagu itu dilakukan di studio Abbey Road tempat rakaman album bagi penyanyi yang berpengaruh seperti The Beatles.

17. Ia juga terpilih sebagai lagu tema Malaysia semasa Hari PBB.

18.Beliau juga menerbitkan buku kanak-kanak dan autobiografinya sendiri serta menjadi kolumnis juga wartawan sambilan.

19. Tidak cukup dengan itu,Sudirman turut menghasilkan komik lukisannya sendiri yang diterbitkan dalam majalah dan akhbar tempatan.

20.Beliau juga seorang usahawan, menghasilkan minuman ringan jenama ‘SUDI’ serta membuka kedai menjual rangkaian cenderamata jenamanya sendiri.

21. Tidak keterlaluan juga jika melabelkan penhghibur no1 Asia ini juga seorang ikon fesyen. Allahyarham Sudirman merupakan penyanyi yang mula memberanikan diri memakai sepasang pakaian Melayu lengkap satu warna dengan songkok.

Ertinya kalau pakaian Melayu itu berwarna biru, songkoknya juga berwarna biru.

22. Tambah manis lagi walaupun Sudirman ketika itu ialah satu nama besar, baju Melayu beliau ditempah di sebuah kedai jahit milik anak tempatan, Den Wahab yang terletak di Jalan Masjid India. Impaknya, kedai jahit ini turut p0pular dek kerana Sudirman!

23.Allahyarham Sudirman ternyata berbangga dengan d4rah Melayu yang mengalir di dalam dirinya. Buktinya,ketika pulang dari Royal Albert Hall, London selepas memenangi gelaran Penghibur No 1 Asia, Sudirman dilihat lengkap berpakaian Melayu. 

24. Nampaknya Sudirman bukan saja menaburkan baktinya untuk mempopularkan nama negara di mata dunia, malah turut menghidupkan fesyen pakaian Melayu dalam bentuk ‘glamour’.

25. Tidak dilupa juga akan Baju Bendera Malaysia yang akan dipakainya setiap kali menyambut hari kebangsaan atau lebih tepat lagi ketika menyanyikan lagu Tanggal 31. Ikoniknya lagu Taggal 31 itu sendiri sudah menjadi lagu wajib setiap kali negara menyambut Hari Kebangsaan sehinggalah ke hari ini.

26. Pernah mengambil seorang anak angkat berbangsa India yang bernama Suraj Kumar. Nama itu diberikan sendiri oleh Allahyarham Sudirman yang bermaksud ‘Raja Yang Cantik’. Ia juga bersempena nama pangkalan namanya sendiri iaitu ‘SU’.

 27.Pada 17 Julai 1991, beliau dimasukkan ke Pusat Perub4tan Tawakkal, KL selepas reb4h ketika membuat persembahan di Butterworth, Pulau Pinang.

28. 7 bulan mender-ita pneumo0nia, Allahyarham Sudirman menghembuskan nafas terakhir pada 4 pagi 22 Februari 1992 di usia 37 tahun.

Jenazahnya disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Chengal, Temerloh.

Kira-kira 2 ribu orang hadir memberi pengh0rmatan terakhir kepada penyanyi kesayangan ramai itu.

29.Pada tahun 2009, 17 tahun selepas pemergiannya, beliau telah dianugerahkan gelaran Dato’ oleh Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah dan pengiktirafan diwakili oleh kakaknya.

30. Nama Sudirman turut diabadikan di ‘Muzium Tokoh Pahang’, di Kuantan sebagai mengenang jasa beliau dalam bidang seni kepada bangsa dan negara. Tempat ini mempamerkan barang-barang berharga milik Allahy4rham antaranya seperti trofi Anugerah Penghibur Terbaik Asia.

Begitulah serba sedikit info mengenai penyanyi kesayangan ramai ini yang membawa perspektif baharu dalam landskap dunia hiburan sekitar tahun 1980-an hingga awal 1990-an.

Sekiranya masih hidup, Allahyarham Sudirman berusia 68 tahun.

Pemergian Sudirman membawa seluruh kecintaan dan aspirasinya pada dunia seni. Pemergiannyaa memang tiada galang ganti sehigga ke hari ini.

Semoga Allahyarham ditempatkan di kalangan orang-orang beriman.

Sumber: Arkib Negara Malaysia, NST, Utusan Malaysia, Awani

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LP

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lepat Pisang

Sumber: Dah Tau ker

Be the first to comment

Leave a Reply