‘Janganlah letak pengharapan kepada manusia’

Sejak akhir-akhir ni, macam- macam perkara berlaku… Dengan kes covid yang semakin tinggi, isu v4ksin b0ster.. Kejadian ribut dan banjir di pantai timur, Pep3rangan antara Rvsia dan Ukraine. Dari sebesar masalah hingga ke sekecil-kecil masalah.. Boleh menyebabkan kita berasa s3s4k dada.

Atas sebab perkara-perkara ini, min terpanggil untuk berkongsikan nukilan hasil coretan Hanis Zalikha.

Hanis atau nama lengkapnya, Hanis Zalikha Zainal Rashid, 31, menekankan, usahlah meletakkan pengharapan kepada manusia kerana manusia banyak kelemahannya.

If someone is causing you sadness, I am writing this for you. Janganlah bersedih dan usah terlalu kecewa.

Manusia kan tidak sempurna. Bila kita sering hampa kecewa, terasa dikhianati, rupanya kita sedang mengharapkan manusia itu sempurna. Manusia itu semua suci hatinya, jujur, tulus ikhlas, amanah, dan serba serbi tanpa cela.

Janganlah letak pengharapan kepada manusia. Kerana manusia ini banyak kelemahannya. Andai mereka tewas dengan iri dalam hati mereka, andai mereka tewas dengan nafsu jahat mereka, merekalah yang dalam kerugian. Kasihanilah— mereka tidak tahu.

Jangan lagi dipikir-pikirkan sangat.

Kalau kita disakiti, disalahanggap, atau tidak pernah ada yang menghulurkan kemaafan atas apa yang kita terpaksa lalui, mintalah pada Tuhan yang sentiasa mendengar.

Ya Allah, atas sebab aku sabar akan ujian ini, Kau berikanlah aku ganjaran yang Kau janjikan.

Hanya kepadaMu aku bergantung harap.

Cry it out if you must. InsyaAllah, better days are waiting ♥️ tulis isteri kepada pelakon Hairul Azreen itu menerusi satu hantaran dalam Instagram.

 

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Hanis Zalikha (@haniszalikha)

Bagi min, nukilan ini sangat2 memberi kesan yang mendalam. Sesungguhnya kita hanya insan yang kerdil, usahlah mengharapkan kesempurnaan tetapi kita berusaha untuk sempurnakannya. 

Terima kasih Hanis atas nukilan ini. Sedikit sebanyak dapat melegakan hati yang gelisah ini.

Untuk info, Sebelum bergelar pelakon dan model, Hanis merupakan seorang penulis blog dan pernah dicalonkan untuk anugerah Most Influential Blog Award pada tahun 2011.

Sumber : haniszalikha instagram

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LP

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lepat Pisang

Be the first to comment

Leave a Reply