Nukilan Puteri Sarah di Tanah Suci Makkah

Umum mengetahui bahawa aktres jelita Puteri Sarah telah pun pergi mengerjakan ibadah umrah bersama dua orang anaknya, Syaikhul Islam, 5 dan Sumayyah, 3 tahun.

Terdahulu, pelakon drama Sabarlah Duhai Hati ini telah mendedahkan kepada media tentang gangguan yang diterima  sehingga rumah tangganya berada di hujung tanduk. Dia yang sudah bersabar hampir 4 tahun mengambil keputusan untuk mengambil tindakan undang-undang kepada wanita itu yang dikatakan menjadi punca konflik dalam rumah tangganya. 

Pemergiannya ke Tanah Suci adalah ingin mengejar malam lailatul qadar di Tanah Suci dan cuba berikhtiar agar masalah yang sedang dihadapinya ketika ini dapat diselesaikan.

Menurutnya, dia ingin berdoa di hadapan Kaabah meminta petunjuk dan reda dengan segala keputusan pada masa akan datang.

“Walaupun banyak dugaan saya rasa tak sabar untuk kejar Lailatul Qadar dekat sana, saya mohon urusan saya dan anak-anak dipermudahkan.
“Semoga balik nanti ada keputusan gembira, InsyaAllah, tak kisahlah apa keputusan yang Allah bagi petunjuk, saya akan ikut.
“Moga ada jalan keluar dan penyelesaian… apa pun yang terjadi bukan perkara buruk kerana saya anggap itu kehidupan baharu,” ujarnya

 

 
Terbaru Sarah memuatnaik satu nukilan di laman Instagramnya :

Mereka yang berusia 36 tahun nak ke usia 40 tahun ini, memang Allah uji kesabaran Tahap 6 lah 😌😅.

Tak kira lelaki atau perempuan. Diusia itulah juga penentu bagaimana sikap kalian nanti apabila mencecah usia 40 tahun!

Masa usia 36, 37, 38 dan 39 tahunlah ujian bertalu-talu sampai kalian akan rasa macam tak cukup tanah nak berlari 😅.

Masa inilah ada rumahtangga yang gagal.
Masa inilah ada yang hilang kerjaya.
Masa inilah ada yang mula sakit.
Masa inilah ada yang dikhianati sahabat sendiri.
Masa inilah diuji dengan mslah kwangan
Masa inilah anak-anak membesar dan banyak akal.

Ini adalah usia kemuncak ujian Allah paling dahsyat!
Kenapa? Tidak lain tidak bukan, jawapannya adalah- ALLAH SAYANG-

DIA jemput kita perlahan-lahan untuk meniti usia 40 dengan tenang. Bersedia untuk masuk ke alam lebih dewasa. Meninggalkan usia fasa muda yang lalu.

DIA nak kita sujud dan istighfar kepadaNya atas silap dan kealpaan yang lalu. 30 tahun hidup di dunia. Apa yang kita sudah buat?

Masuk sahaja usia 40 tahun, ALL IS NEW!

Hati lebih sabar.
Hati lebih tenang.
Hidup lebih bahagia.
Hidup lebih sempurna.
Hidup lebih nampak arah tujunya.
Hidup lebih mensyukuri nikmat dan reda dengan kekurangan.

Masuk usia 40, sepatutnya kita sudah tenang. Sudah tidak fikir lagi hal dunia. Semua amalan diikhlaskan untuk akhirat kelak. Sedetik lebih pun tidak akan mengeluh.

Itu pun, jika kalian selesai dengan jayanya menduduki ‘final exam sebelum usia 40’ .

Tapi, jika kita ini asyik ULANG silap yang lepas, diusia 40 nanti sama je perangai sampai ke tua.

Nabi Muhammad, Allah tingkatkan darjatnya di usia 40 kepada Rasulullah. Baginda mula berdakwah secara terang. Sebelum menjadi Rasulullah, berapa kali baginda dihina dan dikasari.

Hidup ini, yang perlu ditanam dan pasak dalam hati adalah sabar. Yang perlu diamalkan setiap malam adalah tahajud. Yang perlu ada dalam hati hanya Tuhan Yang Maha Esa.

Apa juga yang kita miliki setelah 30 tahun hidup, waktu inilah kita akan mula buat pilihan, buang atau kekal. Ambil yang baik.
Life is simple. Do good and good will come to you.

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Puteri Sarah Liyana Megat (@puterisarahliyana)

Sarah kini lebih positif dan tenang. Kami di LP sentiasa mendoakan agar segala urusan Puteri Sarah dipermudahkan dan semoga Allah merahmati dan terus berbahagia bersama keluarga tercinta.

Sumber : Instagram Puteri Sarah Liyana

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LP

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lepat Pisang

 

Be the first to comment

Leave a Reply