Suami update keadaan terkini Jasmin Hamid.

Pelakon Jasmin Hamid telah dimasukkan ke hospital selepas mengalami serangan jantung 2hari lepas.

Berita itu disampaikan suami Jasmin berusia 48 tahun itu, Nazmir Abd Rahim menerusi catatan di akaun Instagram rasmi Jasmin sendiri.

Katanya, ini kali pertama Jasmin yang nama sebenarnya Jasmin Abdul Hamid diserang sakit jantung.

Sebahagian daripada mesej itu berbunyi:
“Dia kini berada di wad CCU (Unit Penjagaan Koronari) dan bukan ICU (Unit Rawatan Rapi) sejak dia mengalami serangan jantung buat kali pertama semalam.”

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by jasminhamid (@jasminhamidjh)

Menurut Nazmir, 36, sejarah keluarga Jasmin itu juga ada masalah sakit jantung. Katanya lagi, tekanan darah dan degupan jantung Jasmin berada pada tahap yang agak rendah. Jelas Nazmir, doktor terpaksa memberikan bantuan ubat untuk mengepam aliran darah ke jantung Jasmin.

Sehubungan itu, dia memohon agar orang ramai mendoakan kesembuhan isterinya itu.

Pada Ogos 2019, Jasmin memaklumkan adik lelakinya dimasukkan ke ICU kerana mengalami serangan jantung.

Berikut adalah titipan doa daripada peminat dan rakan artis buat kak Jasmin.

Kami di LP mendoakan agar Kak Jasmin Hamid terus kuat dan cepat sembuh.

 

Sumber  : Instagram Jasmin Hamid

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LP

Be the first to comment

Leave a Reply