Neelofa menyatakan hasrat bakal berpindah…

TERBARU, Neelofa meluahkan hasratnya untuk berhijrah ke tanah Arab bagi mengikuti suaminya yang akan menyambung pengajian di situ. Pengacara, pelakon dan usahawan itu menyatakan hasratnya ketika menjadi tetamu dalam rancangan bual bicara Nona di TV3 pada Ahad, hari ini.

“Kami sekeluarga mempunyai impian untuk berhijrah ke Madinah atau Mesir untuk suami sambung belajar di sana.

“Dalam masa sama kami mahu dedahkan anak kepada persekitaran di sana dan saya boleh ambil peluang untuk belajar bahasa Arab,” katanya.

“Satu lagi impian saya adalah untuk mendalami al Quran. Walaupun suara saya tak sesedap mana ketika membaca al-Quran, tetapi saya sudah lama ingin mempelajarinya.

“Kalau boleh mahu turunkan ilmu itu supaya dapat dijadikan saham akhirat kelak,” jelasnya.

 

Terdahulu, di laman instagramnya, Neelofa berkongsi

Terasa macam sirih pulang ke gagang – bak keluarga yang tak pernah hilang.

Rasa happy dan gembira bila dapat bekerjasama dengan krew dan Team Nona yang sangat teliti dalam mengangkat pengisian berkualiti tentang isu kewanitaan dan masyarakat.

Macam baru semalam saya meninggalkan program ini, tapi auranya masih menebal terasa, masih punya kekuatan tersendiri. Tak hairanlah Nona masih bertahan sehingga hari ini, sejak 1985 tahun penyiarannya.

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Neelofa (@neelofa)

Neelofa dan Haris mendirikan rumah tangga pada 27 Mac tahun lalu dan mereka menyambut kelahiran anak pertama pada 31 Januari lalu.

Sumber : Instagram Neelofa & Mstar

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LP

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lepat Pisang

Be the first to comment

Leave a Reply