Tokti berTikTok, abang tu interframe juga la…

Siapa yang tak kenal dengan Dato Sri Siti Nurhaliza, beliau seorang penyanyi yang tersohor di Malaysia dan juga antarabangsa. Beliau memulakan kerjayanya di industri muzik Malaysia pada usia 16 tahun selepas memenangi pertandingan nyanyian Bintang HMI anjuran Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada 1 April 1995. Sepanjang kerjayanya, Tokti telah memenangi pelbagai anugerah dari dalam dan juga luar negara.

Sebagai seorang selebriti, Tokti juga mempunyai akaun media sosial beliau sendiri untuk berkomunikasi dengan para peminat. Malahan Tokti sangat aktif di media sosial berkongsi segala aktiviti seni, perniagaan dan juga aktiviti seharian beliau bersama keluarga serta anak- anak. Sehingga kini Instagram peribadi beliau itu telahpun mencecah sebanyak 8.7 juta orang para pengikut. Selain itu, Tokti juga dilihat aktif pada aplikasi TikTok.

Mengikut Trend terkini, Tokti cuba merekod TikTok ditempat awam. Dalam rekod tersebut cuba anda perhatikan abang berbaju kelabu. Terror dia mengikut  gerak tangan yang dibuat oleh Tokti, blh famous jap abang tu kan… hehehe..

 

 

@toktitiktok Bila nak buat video kat tempat awam inilah jadinya.. hahahah… tak sangka ada penari latar samaaa yek tangan tu.. 👏👏👏agaknya dia dah reheasal senyap2 step tu sebab tengok saya buat banyak kali kannn!!😜😜Seronok tengok video ye? Jangan lupa dapatkan beg #beaucarry ♬ original sound – Siti Nurhaliza

Perkongsian ini juga dimuatnaik di laman instagram Dato’ Siti sendiri, dan telah mendapat lebih 46K tanda suka dan pelbagai komen yang rata-ratanya terhibur dengan gelagat Tokti.

Sumber : Instagram ctdk & toktitiktok

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LP

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lepat Pisang

Be the first to comment

Leave a Reply