Adibah Noor mohon rahsiakan… Fadzley Yaakob Terkilan…

Satu pemergian yang mengejutkan ramai, tidak terkecuali siapa. Terbaru, Penyanyi dan pelakon Ani Mayuni atau nama penuhnya Aishah An-Nur Osman ketika dihubungi berkata, Adibah pernah memberitahunya bahawa dia menghidap penyakit kanser namun meminta perkara itu dirahsiakan.

“Arwah minta jangan hebohkan mengenai dia sedang menanggung kesakitan,” katanya menambah kesihatan arwah semakin merosot selepas menyertai program pertandingan nyanyian Gegar Vaganza (GV).

“Selepas habis GV dan masa nak shooting GV Raya, masa itu arwah mula demam sekejap-sekejap dan lama sangat dia dimasukkan ke dalam wad. Rasa macam pelik kenapa tak keluar keluar (dari hospital)?, ingatkan Covid-19 tetapi bila tanya secara peribadi, baru dapat tahu dia ada kanser dan baru sahaja jalani pembedahan.

“Arwah sedang berpantang, nak berehat dan tak ambil show semua, yang kamu tengok dia muat naik gambar, masa dia dah kurus baru-baru ini, itu adalah shownya yang pertama selepas berehat,” kata Ani yang merupakan bekas peserta GV pada musim sama disertai Adibah.

Selain daripada itu, Fadzley juga menyatakan rasa terkilan kerana tidak sempat untuk membawa arwah datang makan ke restorannya.

Saya rapat dengan arwah sebelum GV lagi sebab kami banyak bekerja bersama. Pada awal penglibatan di GV, saya ada mengadu kepadanya yang pentas GV ini terlalu besar bagi saya, Namun, Kak dib (panggilan Adibah) memberikan kata2 semangat dan menyatakan yang dia sakit pun boleh teruskan di GV. What you mean sakit? “I’m not well my dear”, Kak Dib.

Masa kami ada rakaman GV raya pun, saya ada tanya Kak dib untuk datang ke restoran sebab dah janji nak tengok sweet table, tapi beliau mengatakan sorry, i’m not too well and getting unwell. Dari situ dah nampak dia tak sekuat seperti biasa. Dah kurang berwhatsapp, call pun tak berangkat. Bagi Fadzley, pemergian Kak Dib terlalu mendadak dan terkejut. 

Untuk rekod, jenaz4h akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Keramat Permai sekitar jam 10.30pagi, Ahad.

Rakaman video Arwah Kak Dib buat isteri, Azreen :

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Dato’ Fazley Yaakob (@fazleyyaakob)

 

Sumber : Mstar, Instagram Dato Fadzley

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LP

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lepat Pisang

Be the first to comment

Leave a Reply