
Filem inspirasi sejarah pahlawan Melayu, Mat Kilau – Kebangkitan Pahlawan terus ‘laku keras’ mendapat sambutan apabila kutipan tiket terkininya mencecah RM 11 juta setakat 9 malam tadi (26 Jun 2022). Mana tidaknya, pada hari pertama tayangan Filem Mat Kilau terus mencipta sejarah apabila menjadi filem epik tempatan pertama mencatat kutipan RM1 juta pada hari pertama tayangannya.
Kenyataan itu dikeluarkan oleh Golden Screen Cinema (GSC) yang dimuat naik di laman Facebook rasmi,
Kebangkitan Filem Tempatan! Filem #MatKilau dah cecah 11 Juta setakat 9PM (26 Jun 2022)
Meninjau pada ruangan komen di Fb GSC, rata2 memberi komen yang sangat positif, antaranya :
Terbaikk cite Mat Kilau. Baru pegi tgk td. Xmenghampakan. Nk repeat tgk lg. Xpuassss… #matkilaukebangkitanpahlawan
Baru habis tengok. jalan cerita mantap penuh aksi. Abaikan camera bergegar tu. Terasa macam dibawa ke zaman silam. 10/10
Nk repeat tgk lagi..mmg best tahap dewaaa
The best action filem tempatan . Puas tengok scene fight
Pengarahnya, Syamsul Yusof, 38, berkata, kejayaan awal diraih filem terbitan Studio Kembara itu adalah rezeki daripada Allah selain kerja keras yang sudah ditunjukkan semua pelakon dan pasukan penerbitan sepanjang proses penggambaran.
“Saya sebagai pengarah bersama pelakon dan pasukan penerbitan dengan rasa rendah diri, sangat bersyukur dengan pencapaian yang amat membanggakan ini. Seperti apa kita tahu, dengan ini Mat Kilau menjadi filem epik Melayu pertama kutipan tertinggi dalam sejarah bagi filem epik. Jadi tak dapat digambarkan dengan kata-kata. Syukur alhamdulillah. Rezeki daripada Allah.
Di laman instagram Syamsul juga ada memuatnaik status syukur Alhamdulillah atas kejayaan filem arahannya ini
View this post on Instagram
Kami di LP mengucapkan jutaan tahniah kepada team “Mat Kilau” di atas kejayaan filem ini. Semoga selepas ini makin banyak filem2 melayu yang berkualiti & mencapai kutipan “b0x Office”. Tahniah!
Sumber : GSC, Instagram Syamsul Yusof
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LP
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lepat Pisang
Leave a Reply