“Cakap Dengan Suami Kau..”- Alyah Ded4h Rupanya Selalu Terima Mesej Peminat Mak1-Mak1 TokRam, Tak Pvas H4ti Isv GV

Penyanyi Datin Alyah berlapang dada dan tidak mengambil hati susulan kr1tikan yang dilemp4rkan netizen terhadap suaminya, Datuk Ramli MS andai ada yang tidak berpuas hati mengenai hal berkaitan Gegar Vaganza (GV).

Meski ada sesetengah komen yang disifatkan mel4mpau, namun menurut Alyah, 41, dia sebolehnya tidak mahu mengambil pusing.

Sebaliknya, dia memilih untuk menyokong seterusnya setia menjadi tempat mendengar suami.

“Perkara itu dah lama pun saya hadapi, jadi sudah ‘imune’. Cuma kita ni manusia, ada hati. Ada kalanya kelab peminat artis, malah fans sendiri pun ‘bantai’ kita.

“Terima mesej peribadi di media sosial macam…‘Cakap dengan suami kau begitu begini.’ Saya pun rasa terfikir, apa mas4lah? Saya tidaklah selalu mengikuti (GV) sebab lazimnya hujung minggu ada buat persembahan.

“Tapi bila ia selalu sahaja berlaku, rasa sudah terbiasa. Bahkan TokRam ada ketika bila pulang dari GV, saya ada mengadu mengenai mesej yang dihantar netizen. Dia minta supaya jangan dilayan.

“Kata Tokram, mereka tidak tahu pun kisah di sebalik apa yang terjadi secara k3seluruhan. Malah saya pun tak tahu. Jadi rasanya saya tak perlu masuk campur,” kata Alyah kepada MH.

Alyah berkata demikian ketika ditemui di lokasi penggambaran muzik video Cinta Sahabiyah arahan Ghaz Abu Bakar di Genting Highland, pada Isnin.

Dia pada masa sama menambah, apa yang mampu dilakukan ialah melihat apa sahaja komen mengenai GV sekiranya ada terbaca.

“Tapi memang ada betulnya. Untuk menjawab soalan netizen atau nak mencampuri hal orang lain, bukan urusan saya pun. Cuma kalau ada netizen beritahu, saya baca dan dengar sahajalah.

“Memang ada yang mar4h dan m4ki-m4ki. Tapi tidak mengapalah. Kadang kalau kita nak berdebat dengan orang ni, tak kan habis. Begitulah setiap kali tiba ‘musim’ GV,” katanya lagi.

Ramli yang juga maestro muzik berada di posisi ketua juri menerusi program GV sejak musim pertama hingga yang terbaharu, edisi k3sembilan.

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LP

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lepat Pisang

Sumber:  http://www.klmenjeritvideo.dnq.news/

Be the first to comment

Leave a Reply