Suami punya ‘effort’ lain macam, buat sendiri jambangan belon demi konvokesyen isteri… Siap ada ibu bapa nak beli sekuntum!

Bagai menjadi tradisi, pemberian jambangan bunga hidup yang segar sememangnya sinonim dengan majlis graduasi di mana-mana universiti.

Namun, lain pula ceritanya melibatkan graduan Kolej Universiti Poly-Tech Mara (KUPTM) Nik Ain Suraya Nik Mohd Asyikin yang menerima jambangan bunga gergasi diperbuat daripada belon, Sabtu lalu.

Menerusi rakaman tular, dia kelihatan teruja apabila menerima hadiah itu daripada suaminya, Muhamad Faiez Ab Ghani sejurus tamatnya majlis graduasi di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Bercakap kepada mStar, pemuda yang senang disapa Faiez itu berkata dia bangun seawal 3.30 pagi demi menyiapkan jambangan berkenaan dengan kos keseluruhan sebanyak RM70 sahaja.

“Idea ini datang daripada isteri saya sendiri. Dia tunjuk gambar contoh balloon bouquet pada bulan lepas. Saya cuba cari di internet, namun harganya agak mahal. RM150 untuk 15 kuntum.

“Jadi saya buat keputusan untuk beli belon dan buat sendiri dengan kos RM70 saja. Sewaktu hari konvo, saya bangun 3.30 pagi untuk buat balloon bouquet itu.

“Prosesnya agak susah. Walaupun ada alat untuk meniup, tangan saya s4kit kerana perlu ikat belon dalam jumlah yang banyak. Ada rasa nak putus asa, tapi saya tetap teruskan dengan bersemangat.

“Alhamdulillah, ia berjaya disiapkan menjelang 7 pagi sebab pukul 7.30 kami dah kena berangkat ke PICC,” ujarnya yang mendirikan rumah tangga pada Mac 2020.

Menurut Faiez, dia tidak kisah bersusah-payah menyiapkan hadiah itu kerana cukup peka dengan segala cab4ran yang dilalui isterinya sepanjang melengkapkan pengajian dalam bidang Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua (TESL).

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

“Saya sangat bangga apabila dia dapat menamatkan pengajian. Ketika sibuk dengan tugasan akademik, dia juga kena jaga empat orang adik yang masih bersekolah selepas ibunya men1ngg4l dvnia.

“Jadi sebagai suami, saya rasa bangga dia dapat harungi segala cab4ran selama ini. Kejayaan dia menamatkan pengajian merupakan hadiah terindah buat kami tahun ini.

“InsyaAllah jika ada rezeki, kami juga mahu menimang cahaya mata tidak lama lagi,” ujar Faiez yang bekerja dengan sebuah syarikat swasta di Puchong, Selangor.

Menurut Faiez lagi, dia turut menjadi perhatian ramai sewaktu membawa hadiah istimewa itu ketika berada di PICC, Sabtu lalu.

“Isteri saya kata dia nak hadiah yang tak sama dengan orang. Ketika tiba di PICC, saya tengok hanya saya seorang ada jambangan bunga diperbuat daripada belon.

“Memang tak sama dengan jambangan bunga orang lain. Ada ramai juga yang tegur dan pandang-pandang. Paling lucu, ada mak ayah yang minta beberapa belon daripada saya. Mereka fikir saya berniaga belon di situ.

paih2

Pasangan itu bergambar kenang-kenangan sewaktu majlis graduasi di PICC, Sabtu lalu.

“Dekat pentas, pengacara majlis juga ada sebut mengenai jambangan bunga istimewa yang saya bawa,” ujarnya berseloroh.

Faeiz turut berkongsi video memaparkan proses penghasilan jambangan istimewa itu sehingga ia meraih hampir setengah juta tontonan di TikTok.

Rata-rata netizen turut meluahkan rasa gembira atas usaha gigihnya dalam meraikan kejayaan isteri tercinta.

553

Kisah perkahwinan mereka pernah tular pada tahun 2020.

Untuk rekod, kisah pasangan sebaya yang berusia 24 tahun itu pernah mendapat liputan mStar pada tahun 2020.

Pada waktu itu, mereka menjadi perhatian netizen kerana mendirikan rumah tangga pada umur 22 tahun selepas berkenalan di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) sejak tingkatan dua

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LP

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lepat Pisang

Sumber : mstar.com.my

Be the first to comment

Leave a Reply