Rider Cvri Barang, Haris Alif Ded4h Apa Yang Hail4ng “Kita Orang Islam Kan… Dia Pun Ada Anak Bini”

Malang tidak berbau. Mungkin itu yang berlaku terhadap pelakon Harris Alif yang kehilangan kasut selepas dicvri oleh penghantar barang.

Menerusi kemas kini yang dimuat naik di Instagram, Harris mendedahkan wajah serta nombor pendaftaran motosikal yang dinaiki oleh lelaki berkenaan.

“Code red. Siapa yang kenal mamat Lalamove ni, Shafiq Azwan Bin A. Kahar, plate motor VEV9471 tolong bagitau saya. Dia dah cvri barang dekat luar rumah saya,” tulis Harris.

Meninjau ruangan komen, rata-rata pengikut menyelar tindakan lelaki berkenaan yang dianggap berani melakukan perbuatan tidak elok ketika sedang mencari rezeki.

“Adoi… Elok-elok cari rezeki, buat masalah. Mencvri ni satu tabiat dan perbuatan yang memalukan. Bila dah kantoi gini lagi malu.

“Subhanallah….. Baguslah buat report begini. Nak ajar tentang adab. Elakkan tabiat macam ni berlaku lagi. Moga dipermudahkan.”

“Mana-mana rumah sekarang ada CCTV dan mana-mana kereta ada dashcam… Malu family muka awak tu kena viral.”

Sementara itu, penyanyi Ariff Bahran turut meninggalkan komen pada perkongsian Harris itu.

“Kasi tangkap bro panasnya hati,” katanya ringkas.

Tidak berapa lama kemudian, Harris memberitahu yang rider berkenaan telah pun memulangkan semula kasut yang dicv ri dan membuat permohonan maaf kepadanya.

“Bagi mereka yang suruh saya ambil tindakan, buat report polis semua… bagi saya dah cukup kuat kuasa viral ni. Saya dah dapat balik semua barang saya, dia dah pulangkan.

“Saya tanya dia ada anak bini apa semua… benda tu… kita orang Islam kan, kita ada hati perut juga, kita pun fikir anak bini dia, harap jangan ulang benda yang sama lagilah, itu je,” ujar Aliff menerusi Instagram Story.

Biodata Terkini Penyanyi Harris Alif, Bekas Juara Idola Kecil

Siapa Harris Alif? Nor Harris Alif Nor Rashidi atau nama popularnya, Harris Alif merupakan seorang penyanyi, pelakon, pengacara dan model Malaysia.

Beliau mula dikenali selepas merangkul kemenangan utama dalam pertandingan nyanyian, Idola Kecil musim ketiga.

Biodata

Nama sebenarnya, Nor Harris Alif bin Nor Rashidi.

Menggunakan nama pentas, Harris Alif.
Berumur 21 tahun.

Kelahiran Pulau Pinang pada 2 September 1999.
Kediamannya terletak di Kuala Lumpur

Bertapak dalam dunia hiburan sejak tahun 2009 sebagai seorang pelakon, penyanyi, pengacara, usahawan dan model.

Bakatnya dicungkil daripada rancangan pencarian bakat cilik, Idola Kecil musim 3 (2010) yang menobatkannya sebagai juara.

Antara lain, beliau turut memenangi Bintang Kecil 2009 dan meraih tempat ketiga dalam Idola Kecil Ultra 2015.

Kerjaya lakonannya bermula menerusi siri Kelab Idola yang disiarkan di TV9 pada tahun 2010.
Lain-lain drama dibintanginya seperti Geng Bas Sekolah (Musim 5), Ema Emyliana, Istikharah Cinta, Bila Chacha Masuk Asrama dan Maryam Eliana, termasuk telefilem Si Kijang Merah.

Penglibatannya di layar lebar menerusi filem Aku, Kau dan Dia pada 2012.

Turut membawa peranan sebagai pengalih suara watak Kapten Kaizo untuk siri BoBoiBoy (Musim 3) dan watak Azizul dalam filem Bola Kampung The Movie 3D.

Pernah bergandingan dengan tiga lagi bintang kelahiran Idola Kecil yang juga rakan seperjuangannya iaitu Afieq Shazwan, Azzam Sham dan Danial Chuer dalam drama bersiri Destinasi G4 pada tahun 2015.

Rangkaian lagu dipopularkannya ialah Kisah Yang Terindah, Akulah Pelindungmu dan Pencinta.

Dalam bidang pengacaraan, beliau pernah mengelolakan beberapa program seperti Whazzup Ceria, Chichi dan Chacha, 4 Teman, Bananana Squad dan Pop Ekpress.

Laman sosial Instagramnya atas nama akaun @harrisalif sehingga kini diikuti lebih 410,000 pengikut.

Fakta Menarik

Memperjuangkan genre muzik Pop dan R&B.

Bekas penuntut Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Desaminium, Seri Kembangan, Selangor.

Pernah mengikuti pembelajaran di rumah atau ‘home schooling’ menerusi program pembelajaran sekolah antarabangsa terkenal Alice Smith School.

Menyimpan impian untuk berentap dalam program realiti, Big Stage dan Anugerah Juara Lagu.

Mengidamkan watak lakonan dewasa dan matang, sekaligus ingin melenyapkan imej kanak-kanak yang sebelum ini cukup sinonim dengannya.

Selaku usahawan muda, beliau pernah mengusahakan perniagaan baju sebagai rakan kongsi menerusi kolaborasi bersama Chemboja, menghasilkan jenama ‘Harris Alif by Chemboja’.

Turut mengeluarkan jenama wangian sendiri dan pomade (minyak rambut) di bawah namanya.

Memegang prinsip untuk tidak bermodalkan gimik murahan semata-mata untuk melariskan single.

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LP

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lepat Pisang

Sumber : http://limauasamboi.pw/

Be the first to comment

Leave a Reply