Najwa Latif selamat bergelar isteri rapper Akwa Arifin, terima mas kahwin 2.5 gram emas 

PENYANYI Najwa Latif selamat bergelar isteri kepada rapper, Akwa Arifin dengan sekali lafaz pada pagi Jumaat.

Majlis pernikahan pasangan tersebut diadakan secara tertutup di Batu Pahat, Johor kira-kira pukul 8.30 pagi dengan kehadiran ahli keluarga dan kenalan terdekat.

Akwa, 30, menyerahkan mas kahwin berupa 2.5 gram emas kepada Najwa atau Imratul Najwa Abdul Latif, 27 tahun.

najwa2 - 1

Najwa dan Akwa pernah berduet menerusi dua buah single sebelum ini.

Menurut pengurusnya, Azahari Jaafar berkata, Najwa sudah lama merancang perkahwinan tersebut namun mengambil keputusan untuk tidak menghebahkan perkara itu.

“Mereka mengambil keputusan untuk tidak memberitahu perancangan untuk berkahwin, sebaliknya mengumumkan selepas selamat bergelar suami isteri,” katanya.

Najwa dan Akwa akan diraikan dalam sebuah majlis kenduri selepas solat Jumaat di kampung halamannya.

Sementara itu, Azahari memaklumkan, Najwa akan meneruskan kerjayanya sebagai penyanyi dan pensyarah di sebuah universiti meskipun sudah bergelar seorang isteri.

“Perjalanan kariernya tetap seperti dahulu. Jika ada tawaran menyanyi, Najwa tiada masalah untuk memberi komitmen,” jelasnya.

najwa1 - 1

Pasangan ini disatukan sebagai suami isteri di Batu Pahat, Johor.

Untuk rekod, Najwa dan Akwa pernah berkolaborasi menerusi dua buah single iaitu Dua dan Tak Kisah Pun.

Pasangan ini pernah digosipkan bercinta namun kedua-duanya memilih mendiamkan diri atau mengeluarkan kenyataan secara terbuka kepada umum.

Pun begitu, pasangan ini dilihat ada berkongsi gambar dan video bersama di media sosial masing-masing.

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LP

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lepat Pisang

Sumber: Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply