“Terima Kasih Untuk Segalanya Sayang, Walaupun Berat…” – Teman Lelaki Allahyarh4m Syazlin Zainal

Teman lelaki kepada Allahyarham4h Syazlin Zainal, Shaf Pablo mengakui berat untuk menerima takdir bahawa kekasihnya itu telah pun pergi mengadap ilahi pada 10 November lalu.

Menerusi muat naik di IG Stories, Shaf akui reda dengan takdir ilahi selain dirinya tidak sekali melupakan setiap kenangan manis dan pahit yang diharungi bersama Allahyarham4h.

“Terima kasih untuk segalanya sayang, saya takkan lupakan semua kenangan manis, suka dvka dan gembira kita bersama.

“Allah pinjamkan awak dekat saya betul-betul sekejap, saya kena terima setiap yang hidup mesti akan merasa m4ti.

“Siapa lah saya untuk menolak takdir, qada dan qadar. Walaupun berat, saya cuba yang terbaik untuk diri ini,” kongsinya.

Dalam pada itu, menerusi perkongsian yang sama, Shaf berkata dirinya akan berusaha meneruskan hidup sebaik mungkin tanpa kekasihnya lagi disisi.

“Sayang, percayalah saya akan sedaya upaya untuk harungi liku kehidupan ini berseorangan tanpamu sayang, tapi semangat dan sayang akan saya bawa bersama sampailah tiba masa saya pun ke sana kelak (alam mati).

“Semoga roh sayang ditempatkan dalam kalngan orang yang beriman. Tenanglah sayang, kekasihmu ini akan selalu merindui mu, Syazlin Suhaizan Zainal. Al-fatihah,” tambahnya.

Terdahulu, Shaf yang ditemui di Tanah Perkuburan Islam, AU4, Taman Keramat yang mana tempat All4yarhamah disemadikan malam tadi, enggan untuk ditemubual pihak media kerana terlalu sedih.

Ratusan hadirin termasuk ahli keluarga, sahabat dan rakan selebriti turut hadir bagi memberikan penghormatan terakhir kepada Allayarh4mah.

 

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LP

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lepat Pisang

Sumber: GEMPAK

Be the first to comment

Leave a Reply