“Netizen Perasan Tu” Penampilan Di GV Dikec4m, Sekali Ini Komen Shila Amzah, Buka Mulut Apa Yang Berlaku

AKSI lincah Shila Amzah di pentas Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9) pada malam Ahad lalu membuatkan ada peminat kurang senang kerana merasakan persembahannya tidak sesuai dengan imej bertudung.

Shila atau Nur Shahila Amir Hamzah, 32, berkata, apa ditonjolkan adalah gambaran sebenar peribadinya selain perlu memberikan yang terbaik pada peringkat suku akhir pertandingan.

“Lagu itu memerlukan saya untuk sedikit agr3sif tapi sebenarnya itulah saya jika di luar pentas.

shila amzah 12

Shila terima teguran untuk perbaiki diri.

“Lagipun ini sudah suku akhir, saya tak boleh nak simpan lagi. Sebab itu kena buat sehabis baik. Apa sahaja keputusan pada malam itu, saya kena puaskan diri sendiri dahulu,” katanya kepada mStar.

Shila yang menyampaikan lagu berjudul Survivor berjaya mendapat markah tertinggi daripada juri profesional sekali gus diumumkan sebagai peserta pertama mara ke peringkat separuh akhir.

Bukan hanya tarian, bahagian lengan pakaian Shila yang terdedah pada hujung persembahan turut menjadi bualan ramai sehingga ada menuduh penata rias penyanyi itu tidak peka.

Menceritakan hal sebenar, kata Shila terdapat perubahan pada pemilihan pakaian di saat akhir disebabkan baju asal tidak sesuai dengan konsep persembahan.

Wardrobe malfunction biasa terjadi dalam kalangan penyanyi ketika membuat persembahan di atas pentas.

Lagipun ini sudah suku akhir, saya tak boleh nak simpan lagi

SHILA AMZAH

PENYANYI

“Saya sendiri tidak boleh jangka ia terjadi malah saya juga tak sangka boleh menari lincah di atas pentas ketika itu.

“Saya bersama pasukan penata gaya terpaksa menukar baju di saat akhir kerana mahu ikut konsep persembahan. Sepatutnya saya lebih peka dan boleh pin dengan rapi sebelum naik ke atas pentas.

“Perkara sebegini mengajar saya untuk lebih berhati-hati. Dalam masa sama ini juga cara saya memperbaiki diri dengan mengambil kira semua teguran peminat,” ujarnya.

shila amzah 11

Shila akui kurang berpuas hati dengan kualiti vokal di peringkat suku akhir GV9.

Meskipun mendapat markah tertinggi menerusi persembahan tersebut, Shila bagaimana tidak berpuas hati dengan kualiti vokal sendiri dan memberitahu dia terganggu dek kekurangan rehat.

“Beberapa hari lalu saya susah nak tidur kerana terlalu banyak perkara dalam fikiran. Bukan hanya soal persembahan di pentas suku akhir GV9, semi final Muzik-Muzik 37 juga semakin hampir.

“Otak saya tak henti berfikir sehingga gganggu waktu tidur. Tambahan pula dengan jadual latihan. Saya sedar kualiti vokal kurang memuaskan,” jelasnya.

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LP

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lepat Pisang

Sumber: https://bartasangbad.site/

Be the first to comment

Leave a Reply