
Sebelum ini, Sweet Qismina atau nama sebenarnya Farhanna Qismina Supandi melancarkan single pertamanya berjudul Namo dan ia mendapat sorotan ramai di media sosial apabila peminat juga terkedu kerana dia yang lebih dikenali sebagai pelakon sedari kecil juga boleh menyanyi.
Meskipun begitu, pada kali ini Sweet Qismina tidak tular sendiri mendapat perhatian peminat muzik tempatan apabila dia mengeluarkan lagu bersama suami, Adam Lee yang diberi judul Tercipta. Telah dilancarkan di YouTube dua minggu lalu, pasangan sama cantik, sama padan ini bagaimanapun dikomen ramai.
Terbaharu pula, satu muat naik video pendek menyebabkan Sweet Qismina dan Adam Lee dikomen ramai apabila lagu dinyanyikan mereka ini meninggalkan kesan buat pendengar. Umum diketahui, Sweet Qismina dan pelakon drama Budak Tebing ini telah disatukan pada 24 Oktober lalu sebagai pasangan suami dan isteri.
Tentu sahaja peminat turut dapat merasai kebahagiaan pasangan pelakon tersebut sehingga klip video ini juga tular dengan meraih ribuan tanda suka. Namun begitu, tidak hanya hal tersebut sahaja membuatkan lagu mereka ini hangat diperkatakan.
@warnermusicmy Sweetnya lagu ni 🥰 so happy for these two lovebirds @adamleeofficial @sweetqisminaofficial 💍 #sweetqismina #adamlee #TerciptaALSQ
Ini kerana muat naik pendek oleh warnermusicmy tersebut juga menarik tumpuan ramai kerana suara mereka yang mana ada netizen yang merasa terkedu dengan keunikan suara Sweet Qismina dan turut terkesan dengan suara Adam Lee yang pertama kali didengarkan.
Omg suara diorang please
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LP
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lepat Pisang
Sumber: HCL
Leave a Reply