“Dah Dikata Anak Kita Kahwin Dengan Anuar Zain”- Shiera Ijoy

Sharifah Shahirah binti Syed Abu Bakar Al-Khaired atau lebih dikenali sebagai Sharifah Shahirah merupakan seorang pelakon, model, pelawak, pengacara dan penyampai radio di Malaysia. Menyingkap sisi kehidupan peribadi pelakon dan penyampai radio ini, Sharifah Shahirah sebelum ini pernah mendirikan rumahtangga bersama vokalis kumpulan Black Dog Bone iaitu Jatt Ali sekitar tahun 1993.

Perkahwinan mereka berdua dikurniakan seorang anak perempuan bernama Alisya. Bagaimanapun jodoh mereka berdua tidak panjang dan pasangan ini berpisah pada tahun 1999.

Sharifah Shahira mendirikan rumahtangga kali kedua bersama pelakon Ijoy Azahari yang juga merupakan anak kepada pelakon Maria Arshad.

Mereka berdua berkenalan ketika sama-sama membintangi drama Mat Despatch dan dikurniakan 4 orang anak. Sharifah Shahira lebih mesra dengan panggilan Shiera Ijoy di kalangan para peminat dan juga rakan industri.

Shiera yang kini merupakan penyampai radio masih lagi aktif dengan aktiviti seni. Beliau juga turut aktif di media sosial dan menjadikan platform berkenaan untuk beliau berkongsi apa sahaja rutin bersama peminat.

Terkini Shiera telah muatnaik beberapa video dan gambar sekitar majlis perkahwinan anak pertamanya Alisya. Beberapa video dan gambar yang di kongsikan oleh beliau memaparkan kemeriahan sekitar majlis perkahwinan tersebut di adakan.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Shiera Al-Khaired (@shieraijoy)

Majlis perkahwinan turut di serikan dengan nyanyian Jatt Ali sebagai bapa pengantin perempuan. Gelagat Shiera di majlis perkahwinan anaknya juga mencuri tumpuan kerana kelihatan sangat santai melayani tetamu.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Shiera Al-Khaired (@shieraijoy)

Di perkongsian gambar dan video juga memperlihatkan kehadiran ramai selebriti dan penyanyi terkenal negara, malahan Nabil serta Sherry juga di undang sebagai pengacara bagi memeriahkan lagi majlis perkahwinan tersebut.

Di sebalik kemeriahan majlis perkahwinan anak sulung Shiera tersebut, menjengah keruangan komen, rata- rata netizen berkata bahawa wajah menantu Shiera itu sangat mirip dengan wajah penyanyi terkenal Anuar Zain.

Sebelum ini Shiera pernah berkongsi gambar beliau bersama besannya yang merupakan orang Pulau Tioman yang bernama Puan Tatie Murni. Ucapan tahniah daripada kenalan dan netizen juga membanjiri ruangan komen media sosial Shiera.

 

Sebagai rekod, sebelum ini Shiera sempat mengusik menantunya mengenai bil hospital sekiranya isterinya itu bersalin selepas ini. Usikan Shiera berkenaan membuatkan menantunya itu hanya tertawa. Beruntung betul dapat mak mertua yang kelakar macam Shiera ni.

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LP

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lepat Pisang

Sumber: http://www.klmenjeritvideo.dnq.news/

Be the first to comment

Leave a Reply