
Penyanyi, Hael Husaini sekarang tidak hanya menjadi sorotan ramai sebagai penyanyi malah dia dilihat semakin aktif menjadi model begitu banyak jenama mewah dan terkenal. Meskipun begitu, Hael Husaini juga baru-baru ini hangat diperkatakan ramai disebabkan penampilan dan wajahnya yang dilihat semakin kacak.
Malah gayanya dalam berpakaian juga dikatakan sudah seperti selebriti Korea sehingga digelar Oppa oleh peminat. Terbaharu, nampaknya Hael Husaini menjadi tumpuan peminatnya lagi apabila dia berkongsikan beberapa keping foto di Instagram (IG).
View this post on Instagram
Hantaran Hael Husaini itu sekali lagi membuatkan peminat tak keruan apabila dia tampil dengan busana serba hitam dan berkaca mata. Selain outfit, peminat juga cair dengan gayanya yang jarang tidak kelihatan menyerlah malah dalam foto tersebut juga, Hael Husaini tampil dengan posing berbeza mencetuskan dia semakin menjadi perbualan.
Wajah kacak Hael Husaini yang sering dipanggil Oppa juga menyebabkan ada yang mengira dia kelihatan seperti penyanyi kumpulan BTS iaitu Jimin.
Menjengah ke ruangan komen, Hael Husaini nampaknya diusik ramai peminatnya dan dihujani komen pujian ramai. Sekadar info, Hael Husaini merupakan salah seorang penyanyi lelaki popular di Instagram dengan diikuti 2 juta pengikut, jadi tidak mustahil jugalah dia sering menjadi sorotan ramai di platform tersebut.
Aishh getaqq jiwah ragah serius
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LP
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lepat Pisang
Sumber: HCL
Leave a Reply