Muat Naik Video Wajah Tanpa Mekap, Ramai Puji Kulit ‘Flawless’ Amelia Henderson

Sebut sahaja nama pelakon cantik Amelia Henderson pastinya ramai yang cukup kenal dengan pelakon berbakat ini kan. Baru-baru ini namanya menjadi bualan ramai selepas dia memuat naik sebuah video terbaru menerusi akaun Tik Tok milik pelakon itu.

Di dalam video tersebut, Amelia dilihat menunjukkan keadaan wajahnya yang bersih daripada sebarang mekap sekaligus menarik perhatian ramai. Menerusi hantaran itu juga, pelakon itu menunjukkan perubahan wajahnya tanpa mekap semasa berada di rumah dan dengan mekap ketika di luar.

Rata-rata netizen turut memuji tekstur kulit pelakon tersebut yang dilihat sangat ‘flawless’ tanpa sebarang cela mahupun jerawat. Kebiasaannya ramai yang sudah terbiasa melihat wajah Amelia yang sudah siap dimekapkan menerusi drama-drama ataupun majlis yang dihadiri pelakon itu.

@ameliath

✌🏼

♬ original sound – Torn

Bukan itu sahaja, ramai yang turut cemburu melihat kecantikan semula jadi pelakon itu yang masih kelihatan seperti wajahnya semasa di zaman kanak-kanak dahulu. Dalam masa yang sama, netizen turut meminta tips dan rutin kecantikan yang dilakukan oleh Amelia bagi mendapatkan kulit yang ‘flawless’ seperti pelakon kelahiran Klang ini.

Meninjau di ruangan komen, kecantikan semulajadi yang dimiliki oleh Amelia ini turut menjadi bualan ramai. Malah ramai yang memujinya masih kelihatan cantik walaupun semasa tidak mengenakan sebarang mekap di wajahnya.

“Bare face pun cantik.”

amelia

“Cantik betul bila je tak cantik.”

pelakon

“Tak mekap pun dah lawa! Lepas mekap more lawa lah!”

komen

“Bapak bersih kulit dia siak.”

tik tok

 

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LP

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lepat Pisang

Sumber:  HCL

Be the first to comment

Leave a Reply