Aksi Nabil Civm Dahi Ramli MS Buat Suasana Jadi Riuh Dalam Dewan, “Nabil Je Berani Buat…”

Konsert separuh akhir program Gegar Vaganza semalam menyaksikan dua peserta tersingkir iaitu Dina Nazir dan Fuad Rahman yang tidak berjaya melangkah ke konsert akhir minggu depan. Selain daripada persembahan hebat dari para peserta semalam, satu kejutan telah diberikan kepada juri tetap iaitu Ramli MS atau Tok Ram bersempena hari jadinya.

Di dalam kejutan tersebut, pihak produksi telah menghadiahkan sebuah kek hari jadi yang diberikan sebagai kejutan kepada Tok Ram. Menerusi video yang kini menerima hampir dua juta tontonan di Tik Tok itu, suasana di dalam dewan menjadi riuh apabila Nabil dilihat mencivm pipi dan dahi Tok Ram selepas memberikan kejutan hari jadi itu.

Nabil kemudiannya turut memeluk erat juri tetap itu dan menyebut nama ibunya sebelum berseloroh meminta ibunya segera menghantarkan mesej kepada Tok Ram. Sebelum ini juga Nabil pernah bergurau ingin menjadikan Tok Ram sebagai bapa tirinya untuk mengusik juri tetap program Gegar Vaganza itu.

@whoareloh

Happy je dorg ni suke tengok kan, Hj Nabil tu nakal2 mcm tu tetap dia hormat Tok Ram tu, netizen je rasa mcm berlebihan. #gegarvaganza9 #minggu10 #semifinal #selamatharijadi #datoramlims #hajinabil #kaklinapompom #ellymazlein #bundahettykoesendang #datosyafinaz #jurigegarvaganza9

♬ original sound – Whoareloh – Whoareloh

Perkongsian video itu turut menerima reaksi positif dari netizen di mana rata-ratanya terhibur dengan aksi selamba dari Nabil ini. Dalam masa yang sama, ada yang memberitahu Nabil sudah biasa melakukannya setiap kali menyambut ulang tahun kelahiran Tok Ram yang sudah lama dikenalinya itu.

Meninjau di ruangan komen, netizen turut seronok melihat gelagat mesra di antara kedua-dua individu penting dalam program Gegar Vaganza ini. Malah ada yang mengatakan hanya Nabil sahaja yang berani membuat begitu kepada Tok Ram yang terkenal sebagai seorang yang garang dan tegas dalam industri.

“Mesti Nabil teringat arwah ayahnya.”

nabil

“Dah macam anak dengan bapak.”

tok ram

“Dia layan Tok Ram tu macam ayah dia sendiri.”

komen

“Dorang memang bff lah, Nabil je berani buat begitu dengan Tok Ram.”

tik tok

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LP

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lepat Pisang

Sumber:  HCL

Be the first to comment

Leave a Reply