
Baru-baru ini, anak sulung pelakon Rita Rudaini iaitu Airit Rayyan Rizqin menjadi perhatian apabila dikatakan mempunyai iras bapanya, pemain bola sepak Johor Darul Takzim (JDT) Aidil Zafuan.
Menerusi video dikongsikan Rita di aplikasi TikTok, ada netizen menegur wajah Rayyan saling tidak tumpah seperti bapanya selepas memotong gaya rambut pendek.
@ritrud727 Bila dia request nk botak..tp mommy ckp enuff setakat tu 😅
Tidak melenting dengan teguran netizen tu, Rita berkata dia tidak terasa hati apabila ada yang mengatakan wajah Rayyan mirip bapa kandungnya.
“Nak marah buat apa dah memang itu bapa dia. Bekas suami kepada mommy dia,” tulisnya.
Menurut Rita, pada awalnya anaknya itu ingin membotakkan kepalanya namun dihalang kerana mahu Rayyan tampil dengan rambut pendek yang lebih kemas.
Rita dan Aidil mendirikan rumah tangga pada 2008 namun bercerai pada September 2013. Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LP
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lepat Pisang
SUMBER:Rotikaya
Leave a Reply