[VIDEO] Ibu suap 10 adik beradik sempena ‘birthday’ buat ramai seb4k

Selain hari ulang tahun perkahwinan, hari lahir juga merupakan hari yang sentiasa diingati dan disambut oleh sebahagian dari kita. Menyambut hari lahir atau pun hari-hari bahagia ini sudah menjadi kebiasaan dalam masyarakat kita pada hari ini.

Ada yang menyambut dalam keadaan meriah dan serba mewah namun ada juga yang menyambut dalam keadaan biasa sahaja. Tanpa belon, tanpa orang ramai namun ia cukup memberi makna.

Seperti mana yang dikongsikan oleh seorang wanita menerusi aplikasi TikTok yang memaparkan suasana seb4k sewaktu menyambut ulang tahun kelahiran ibunya.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @norliza92, ibu kepada wanita tersebut dilihat memegang sepinggan kek, serta menyuapkan kepada 10 orang adiknya sambil ada dikalangan mereka yang turut seb4k ketika momen tersebut.

“Kasih ibu. Terima kasih mak dah melahirkan dan menjaga kami adik beradik..tak terbalas jasa. Hanya Allah je yang dapat balas. Semoga mak sentiasa sihat selalu,” tulis @norliza92 di ruangan kapsyen.

Video:

@norliza92

kasih ibu🥰terima ksih mak dh melahirkan & menjaga kmi adik beradik..x terbalas jasa..hanya Allah ja dpt balas..semoga mak sentiasa sihat selalu..#fyp #kasihibuhinggakesyurga #birthdaymom

♬ Buatmu Ibu – Aeman

 

Ketika artikel ini ditulis, perkongsian tersebut telah menerima 1.5 juta tontonan, 126.8k tanda suka dan pelbagai komen dari netizen yang rata-rata turut seb4k melihat momen yang menyayat hati tersebut.

Komen netizen:

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LP

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lepat Pisang

Sumber: tiktok @norliza92

Be the first to comment

Leave a Reply