Selesai Menghadap Agong, Muhyiddin Akhirnya Ded4h Isi Perbincangan

“Jawatan Perdana Menteri masih kosong dan masih terbuka.”

Demikian jawapan ringkas Pegerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas ditanya mengenai status jawatan Perdana Menteri Malaysia ke-10 sebentar tadi.

Beliau ditemui pemberita selepas majlis mengadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara hari ini

Sampai sekarang rakyat Malaysia menunggu siapakah yang bakal menjadi Perdana Menteri ke 10 Malaysia dan semuanya hampa.

Siapa PM tanya wartawan kepada DSAI

“Jawatan Perdana Menteri masih kosong dan masih terbuka.”

Demikian jawapan ringkas Pegerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas ditanya mengenai status jawatan Perdana Menteri Malaysia ke-10 sebentar tadi.

Beliau ditemui pemberita selepas majlis mengadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara hari ini.

 

Live- Sidang Media oleh YBHG Tan Sri Dato Haji Muhyiddin Bin Mohd Yassin

SHAH ALAM – Presiden Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin dilihat tiba di kediamannya di Kuala Lumpur pada jam 5.15 petang pada Selasa.

Sebelum itu, Presiden Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Muhyiddin telah dipanggil ke Istana Negara untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada jam 4.30 petang tadi.

Yang di-Pertuan Agong, sebelum ini memaklumkan tiada ahli Dewan Rakyat yang mendapat kepercayaan majoriti mudah untuk dilantik sebagai Perdana Menteri.

Sehubungan itu, Seri Paduka Baginda menitah perkenan untuk ketua-ketua gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) menghadap pada jam 4.30 petang ini di lstana Negara.

Hari 3 | Agong cadang kerajaan PH-PN, tapi Muhyiddin tak setuju

Pengerusi PH, Anwar Ibrahim dan Pengerusi PN Muhyiddin Yassin saling bersaing untuk menawan Putrajaya dengan kedua-duanya mendakwa mempunyai majoriti.

Yang di-Pertuan Agong telah memberikan tempoh kepada kedua-duanya sehingga sehingga 2 petang ini untuk membuktikan dakwaan mereka.

Malaysiakini membawakan berita terkini secara langsung selepas pilihan raya umum.

Agong cadang kerajaan PH-PN, tapi Muhyiddin tak setuju

6.50 petang -Muhyiddin Yassin mendedahkan Yang di-Pertuan Agong mencadangkan kerajaan campuran antara PH dan PN.

Bagaimanapun, katanya, PN telah membuat keputusan daripada awal untuk tidak bekerjasama dengan PH.

“Apa tujuan sekali pun tak setuju,” kata Muhyiddin.

Pengerusi PN itu juga berkata dia menandatangani surat tidak bersetuju dengan pembentukan kerajaan perpaduan.

“Inilah pendirian kami,” katanya kepada pemberita di rumahnya di Bukit Damansara, Kuala Lumpur sebentar tadi.

BN mesyuarat lagi malam ini

6.40 petang – Timbalan Presiden MIC M Saravanan mengesahkan Dewan Tertinggi BN akan mengadakan mesyuarat kali kedua yang dijadualkan berlangsung malam ini di Menara Dato Onn.

Tanpa mendedahkan butiran lanjut, Saravanan berkata mesyuarat itu akan berlangsung di ibu pejabat Umno pada 8.30 malam.

“Saya tidak tahu. Setakat ini, saya hanya menerima notis mengenai mesyuarat itu,” katanya kepada media yang menunggu ketika keluar dari bangunan itu.

Sementara itu, Presiden MCA Wee Ka Siong juga berkata akan ada mesyuarat yang dijadualkan malam ini.

Bagaimanapun, Wee enggan mendedahkan butiran lanjut mengenai mesyuarat itu, dengan berkata “tunggu dan lihat sahaja.”

“Awak dah tahu, kenapa awak tanya saya. Beri saya sedikit masa untuk makan malam,” katanya sambil bergurau.

30 MP BN menghadap Agong esok

6.35 petang – 30 ahli parlimen BN akan menghadap Yang di-Pertuan Agong secara individu di Istana Negara pada jam 10.30 pagi esok.

Ini untuk Yang di-Pertuan Agong menentukan siapa yang paling berkemungkinan mendapat kepercayaan majoriti ahli parlimen, mengikut Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Ahmad Fadil Shamsuddin ketika memaklumkan perkara ini berkata baginda juga mengulangi titah supaya rakyat terus bertenang.

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LP

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lepat Pisang

SUMBER: http://limauasamboi.pw/

 

Be the first to comment

Leave a Reply