‘What Do I Do For A Living’ Versi Ain Edruce Ditonton 2.7 Juta Kali, “Kau Tak Tau…”

Sebut sahaja nama Ain Edruce tentu ramai yang meminatinya yang ternyata tidak sekadar dikenali sebagai pelakon jelita dalam sebuah drama yang mencetuskan fenomena berjudul Kekasih Paksa Rela namun setelah itu, dia berjaya menarik tumpuan ramai dengan perangai lucunya yang kini popular sebagai pengacara, TikToker dan Youtuber.

Meskipun begitu, tentu anda masih ingat dengan seorang pelakon lelaki, Mas Khan yang tular disebabkan satu rakaman video TikToker yang merakam video ‘What do i do for a living’ dan nampaknya pengikut TikToker tersebut tertarik pula dengan video daripada selebriti Malaysia terkenal, Ain Edruce.

Pemilik akaun Koocester baru-baru ini turut menarik tumpuan warganet dari Malaysia apabila dia menemubual individu di Kuala Lumpur. Nampaknya, dia bertemu pula dengan Ain Edruce yang berada dalam kereta.

Sempat menemubual apa perkerjaannya, Ain Edruce menarik tumpuan lebih 2.7 juta menonton rakaman dia bersama TikToker tersebut dengan turut ditinggalkan hampir 280,000 tanda suka apabila sedikit sebanyak, peminat Ain Edruce juga dapat mengenalinya.

@koocester

Click on the Instagram! | WHAT ARE THE CHANCES! I am still in disbelief that I met her! Loved the awesome interaction! Also happy voting! Thank you for 70,000 followers ❤️

♬ original sound – Koocester – Koocester

Video ‘What do i do for a living’ dikongsikan Koocester itu bagaimanapun membuatkan ramai berseloroh jika dia temu bual suami kepada, Ain Edruce iaitu Amirul tentu views yang diperoleh akan lebih tinggi memandangkan Amirul kini mempunyai ramai peminat selepas Ain Edruce sering mengusik dan berkongsikan video dia dan suami.

‘Bang tak kenal dia kan’

 

 

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LP

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lepat Pisang

SUMBER:HCL

Be the first to comment

Leave a Reply