Anwar Akhirnya Sah Menjadi Perdana Menteri ke-10, Ini Kata2 Tun M Yang Di Tunggu2 Ramai

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Bangunan Perdana Putra, di sini bagi memulakan tugasnya secara rasmi di Pejabat Perdana Menteri.

Beliau tiba di sini jam 9.52 pagi dengan menaiki kenderaan jenis BMW hitam diiringi beberapa kenderaan pengiring polis.

Ketibaan Anwar disambut Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali.

Difahamkan, Anwar dijadualkan memulakan tugasnya pagi ini dan mengimbas kad perakam waktu sebelum memasuki pejabatnya.

Anwar yang juga Ahli Parlimen Tambun sempat menurunkan tingkap kenderaan dan melambai ke arah sekumpulan pengamal media di pintu masuk ke bangunan berkenaan.

Lebih 50 pengamal media termasuk wartawan, jurugambar dan juruvideo pelbagai agensi dan portal media cetak dan elektronik sudah menunggu seawal jam 7 pagi bagi merakam detik sejarah itu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Bangunan Perdana Putra, di sini bagi memulakan tugasnya secara rasmi di Pejabat Perdana Menteri.

Beliau tiba di sini, kira-kira jam 9.52 pagi dengan menaiki kenderaan jenis BMW hitam diiringi beberapa kenderaan pengiring polis

Terdahulu, kenderaan yang membawa Panglima Angkatan Tentera (PAT) Tan Sri Affendi Buang tiba jam 7.45 pagi disusuli Mohd Zuki jam 8.16 pagi.

Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri ke-10 di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, petang semalam.

Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia sebagai Perdana Menteri ke-10 berlangsung di Dewan Singgahsana Kecil, Istana Negara, di sini, pada jam 5.06 petang semalam.

Kerajaan Perpaduan Nasional yang dibentuk setakat ini sudah membabitkan penyertaan tiga gabungan utama membabitkan Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Proses seterusnya yang dinantikan rakyat adalah pelantikan anggota Kabinet.

TUN M Akhirnya Ucap Tahniah

Saya ucap tahniah kepada Dato’ Seri Anwar Ibrahim di atas pelantikan sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-10.
Selamat maju jaya.
DR MAHATHIR BIN MOHAMAD
25 November 2022

 

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LP

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lepat Pisang

Sumber: http://limauasamboi.pw/